SHAH ALAM: Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini diselubungi suasana pilu apabila lapan van jenazah memasuki perkarangannya membawa sembilan sekeluarga yang pergi dalam kejadian Jumaat lepas berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite, dekat sini.
Deretan lapan buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis, dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 12.40 tengah hari.
ARTIKEL MENARIK:9 Ber4nak Mavt Kemal4ngan Sel4mat Dikebvmikan Dalam Satu Li4ng

9 sekeluarga diuruskan dalam satu ruang atas permintaan keluarga
SHAH ALAM: “Terlalu cepat dan saya tidak berbuat apa-apa, kejadian itu ragut nyawa isteri dan lapan anak saya, mereka ada dalam kereta di bawah lori treler itu”.
Demikian luahan pilu Abd. Razak Majit, 50, yang terselamat dalam kejadian mengorbankan 10 nyawa berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya Elite, dekat sini, kelmarin.
Menurut pengawal keselamatan itu, ketika kejadian dia bersama arwah isteri, Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anak sedang menuju pulang ke rumah mereka di Padang Jawa di sini.
“Namun, kereta Proton Wira dipandu saya tiba-tiba mengalami kerosakan bateri dan terpaksa berhenti di tepi jalan.
“Selepas periksa keadaan kereta, saya sedar-sedar sudah terbaring atas jalan dan melihat kereta kami sudah berada di bawah treler,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini semalam.
Terdahulu, jenazah sembilan beranak itu selamat disemadikan dalam satu ruang di tanah perkuburan berkenaan, kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam. Jenazah termasuk empat yang disahkan positif Covid-19 dikebumikan mengikut turutan usia bermula daripada Allahyarham Norul Naziah yang juga ibu kepada keluarga itu.

Jenazah disemadikan mengikut turutan usia bermula daripada Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, yang juga ibu kepada keluarga itu. Ia diikuti anak sulung, Allahyarham Razarul Amin Abd. Razak, 17, Razatul Aliah, 16, Puteri Hidayah Abd Razak, 12, dan Muhamad Aizat Syazwan, 10.
Empat lagi anak suri rumah itu yang turut maut iaitu Allahyarham Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Puteri Nur Ain Syalwana, 3, dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Seorang anak yang tidak terlibat dalam nahas itu, Haikal Faiz, 14. Abd. Razak berkata, dia bersyukur semua urusan pengebumian itu berjalan lancar dan disemadikan dalam satu ruang.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan polis yang membantu urusan kami sejak semalam.
“Biarpun perit, kami reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan roh isteri serta lapan anak damai di alam sana,” katanya.
Tambah beliau, kejadian itu mengakibatkan kecederaan pada kaki kanannya dan masih dalam proses rawatan. Adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika, 33, berkata, keluarganya bersyukur kerana urusan pengebumian berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.
“Kami juga berterima kasih kerana semua jenazah dapat dikebumikan dengan sempurna dalam satu kubur.
“Keluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan mereka ditempatkan kalangan para solehah,” katanya ketika ditemui selepas semuanya telah selesai.
Sebelum Kejadian Saudara Dedah Sempat Merakam Momen Terakhir Sembilan Beranak Sampai Buat Ramai Sebak. Saudara Turut Tampil Dedah Sesuatu.
Hanya tinggal foto dan video sebagai pegubat rindu, itulah yang sempat disimpan oleh salah seorang saudara yang terlibat dengan kejadian yang tak diingini yang menarik nyawa sembilan beranak kawasan Rehat dan Rawat (R&R) US], Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, malam. “Jgn lupa Kak Long…”

Menerusi satu perkongsian oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Cik Puan Aiesyah yang merupakan saudara kepada individu tersebut itu sempat berkongsi moment terakhir mereka bersama. Cik Puan Aiesyah juga turut mengucapkan takziah akan kejadian yang menyayat hati yang menimpa pakcik saudaranya Abdul Razak Majit, 50. Dalam perkongsian tersebut juga disertakan satu video gelagat tujuh beradik sebelum n.h4s serta gambar yang sempat diambil ketika majlis perkahwinan yang dihadirinya sebelum kejadian.

Terdahulu, mngsa Norul Naziah Buyong, 37, ma.ut bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, bersama suami dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Melaka.

Sumber : Rose Merah
Sebak Dengan Luahan Anak Ketiga Individu Yang Terlibat Sampai Kehilangan 10 Nyawa. Sekali Adik Turut Dedah Tanda Tanda Pelik Kakak Sebelum Pergi Buat Selamanya.
“Saya terlalu sayangkan ibu.” Hanya itu mampu diluahkan anak ketiga individu yang terlibat dalam kejadian mavt membabitkan 10 kehilangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi. Faiz, 14, yang tiada ketika kejadian tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan serentak ibu dan lapan adik-beradiknya dalam kejadian itu.
“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya,” katanya yang terlalu sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, di sini, hari ini. Dalam kejadian 11.45 malam tadi, ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, pergi bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, selepas Proton Wira dinaiki keluarga itu terperosok di bawah sebuah treler.
Turut pergi buat selamanya ialah seorang pemuda, Muhamad Rahimi Rolex, 27. Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, terselamat dan tiga lagi individu lain hanya mengalami kcdraan. Sementara itu, adik kepada Norul Naziah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, seminggu sebelum dia pergi, kakak ada bertanyakan soalan pelik kepadanya.
“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya,” katanya. Menurutnya, Norul Naziah ada menghantar kiriman mesej dan audio di WhatsApp kepadanya jam 10.18 malam tadi memaklumkan kereta dinaikinya rosak selepas dimasuki air akibat banjir. Katanya, kakaknya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka. Dia berkata, dia bagaimanapun tidak dapat datang ke lokasi dan kakaknya memaklumkan mahu mendapatkan bantuan dua rakan kepada anaknya.
“Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kejadian serta pergi buat selamanya di tempat kejadian. Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut pergi buat selamanya dan hanya abang ipar saja terselamat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.
Nurul berkata, dia tiba di tempat kejadian jam 12.46 malam tadi dan tidak sanggup melihat keadaan kakaknya sebaliknya terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Shah Alam. Menurut Nurul, hubungannya dengan Norul Naziah agak akrab jadi berasa sedih yang teramat dengan kehilangan kakaknya.
“Saya baru kehilangan adik yang pergi akibat CvdI9 pada Julai lalu dan kini, kakak dan anak saudara pula yang pergi buat selamanya. Sedih sangat kerana tahun ini saja, 10 ahli keluarga saya pergi. Banyak petanda yang saya nampak sebelum kehilangan kakak antaranya arwh pernah menyatakan mahu ‘ikut’ adik yang pergi selamanya akibat CvdI9 tetapi saya tidak fikirkan ia akan jadi kenyataan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian. Katanya, kejadian tersebut membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.
“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan individu tersebut menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis. Kira-kira 17 individu terbabit dengan seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta pergi buat selamanya dalam kejadian itu. Turut pergi seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber : hmetro
Pelik Bila Tunggu Abang Tak Sampai Sampai Pada Majlis Kahwin Adik. Sekali Abang Pergi Buat Selamanya Dan Ini Sebenarnya Yang Berlaku.
Rezeki, jodoh ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT, kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Tak dapat dibayangkan betapa luluhnya hati keluarga ini apabila salah seorang ahli keluarga mereka disahkan meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinan adik kandung arwah berlangsung.
Majlis kahwin jadi majlis tahlil

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Mama Sempoi. Menurut wanita ini, adik iparnya sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan pada 18 Disember 2021 (esok) namun siapa sangka, majlis tersebut bertukar menjadi majlis tahlil.
Menurut sumber, arwah yang merupakan abang kandung bakal pengantin disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik bongsunya itu.
Esok 18/12/21 adik ipar yang bongsu nak nikah. Semua dah balik berkumpul. Tinggal tunggu seorang abang je lagi dalam perjalanan balik dari Johor tapi sampai tengah malam tak sampai-sampai lagi. Tapi majlis perkahwinan adik yang bongsu sepatutnya jadi majlis yang bahagia bertukar menjadi majlis arwah.
Ya Allah kau kuatkan lah hati ayah mentuaku, kuatkan lah hati keluarga kami untuk menerima segala ujian yang kau bari kepada kami.
Kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan kereta itu dipercayai berlaku di Taman Suria Labis, Johor. Difahamkan, dua orang mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lain mengalami kecederaan.
Salam takziah


Sumber: Mama Sempoi via
