Aishah Kini Bergelar Datuk, Antara Senarai Penerima Darjah Kebesaran N. Sembilan

Business

Aishah Kini Bergelar Datuk, Antara Senarai Penerima Darjah Kebesaran N. Sembilan

Penyanyi legenda Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin antara senarai 410 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang sempena Hari Keputeraan Ke-74 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.

Aishah Kini Bergelar Datuk, Antara Senarai Penerima Darjah Kebesaran N. Sembilan



Juara Gegar Vaganza musim ke-empat itu menerima kurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

ARTIKEL MENARIK:Anak Vanessa masih trauma sampai asyik minta didukung. Sekali ada satu benda yang buatkan keluarga bimbang pada Gala Sky.
loading...


Menurut tinjauan kami di Instagram rasmi Aishah sendiri, anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan ini belum mengumumkan berita ini kepada peminatnya. Namun di IG storiesnya, beliau berkongsi ucapan tahniah dari pereka fesyen terkenal Calvin Thoo.

“Tahniah Kak Aishah, saya gembira untuk anda”- tulis Calvin di akaun instagram peribadinya.




Dipetik dari Utusan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik dalam sidang akhbar di Wisma Negeri dekat sini semalam yang dijalankan secara dalam talian berkata, istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-74 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini adakan diadakan secara tiga sesi bermula 14 Januari.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 22 Januari dan sesi ketiga pada 27 Januari. Kredit -Murai MY.


-----------------------------------------------------------------