“Saya mohon daripada anda semua tolong doakan yang baik-baik walaupun dia menyakiti hati sesiapa pun jua,” itu kata individu mendakwa mempunyai hubungan keluarga dengan seorang wanita yang menyatakan dia didatangi Rasulullah SAW ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.
Menurutnya, dia memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan mendakwa wanita terbabit ketika ini berada dalam keadaan kecelaruan.
ARTIKEL MENARIK:Lebih 2 juta tontonan. Gadis dedah perangai pelik suka makan ayam mentah buat ramai terkejut dan ini respon warganet.
“Maaf sangat-sangat, kasihanilah dia. Tolong jangan komen dan kecam dia,” katanya seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin. Katanya, dia meminta masyarakat menghentikan kritikan berhubung isu itu kerana ia berkemungkinan akan membebankan fikiran wanita terbabit. “Minta tolong sangat-sangat daripada warganet semua, kalau tak sanggup tengok dia, jangan masuk live dia. Kasihanilah dia, kami sedang berusaha untuk bantu nasihat dia. Bukan sesuatu yang mudah untuk pujuk dia berhenti daripada melakukan Facebook live,” katanya.
Di dalam video itu, wanita berkenaan mendkwa dia didatangi Rasulullah ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah. Menurutnya, baginda juga berinteraksi secara langsung dengannya dan mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia. Di dalam rakaman secara langsung itu, dia turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.
Bagaimanapun usaha Harian Metro mendapatkan ulasan ahli keluarga wanita berkenaan menerusi Facebook setakat ini belum mendapat maklum balas. Mengulas mengenainya, pendakwah bebas yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menghadapi masalah berkaitan mental sehingga sanggup membuat rakaman langsung kononnya sedang berinteraksi dengan Nabi Muhammad. Katanya, ini kerana wanita terbabit hanya mengulangi perkataan dalam bahasa Arab yang sama selain ada perkataan tidak mempunyai makna.
“Dia hanya ulang perkataan sama yang kita semua sudah tahu seperti Na’am dan Ya Habibi. Ada juga sebutan Lakh yang tidak ada makna di dalam bahasa Arab. Selain itu, dia ada sebut ner4ka jahanam, itu sudah tentu perkataan yang tidak disebut Rasulullah, jadi macam mana dia boleh berkomunikasi begitu. “Daripada pengamatan saya, dia mungkin berdepan masalah berkaitan mental atau sengaja ingin mencari populariti,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dr Mohd Sukki berkata, pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agama serta mengambil tindakan ke atas wanita terbabit. Katanya, ia bagi memastikan tidak ada individu lain yang terpengaruh atau mempercayai kata-kata seperti itu yang boleh menyeleweng daripada akidah Islam. “Kena ambil tindakan, kita tidak tahu sama ada wujud pengikut atau tidak, tetapi jelas perbuatan seperti ini boleh mengelirukan umat Islam,” katanya. Sumber : HMETRO ONLINE
Stacy Dedah Cerita Sebelum Masuk Islam. Suami Banyak Kongsi Tentang Perkara Ini.
‘Queen of Dancing Malaysia’, Stacy Anam mengimbas kembali pengalamannya menjadi ‘saudara baharu’ apabila 24 Ogos lalu, genap enam tahun usia Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
Stacy Akui Akim Banyak Bimbing Dekati Islam
Perkongsian itu dibuat Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya kendalian usahawan yang juga pelakon dan penyanyi, Tya Ariffin. Menurut Stacy, dia akui suaminya yang tercinta Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam selama ini cukup santai dan ‘tidak terlalu berat’.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik merujuk kepada Akim ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy.
Dedah Ibubapa Teman Peluk Islam
Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada Tya, antara detik paling bermakna dan manis untuk dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” tambah Stacy.
Dalam pada itu, Stacy mengakui dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi

Untuk info, Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin. Sebelum ini, program tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila secara eksklusif berkongsi pelbagai kisah peribadi dan pengalaman figura-figura terkenal.
Sumber: Murai. via