Menerusi laporan Astro Awani baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan Kanak-kanak 5-12 tahun akan diberi suntikan Pfizer.
Tambahnya, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Lama menyepi sekali tengok penampilan terkini isteri Shuk Sahar buat ramai yang terkejut. Rupanya ini yang terjadi sampai dia jadi macam ni.
Berita mengenai isu ini mendapat perhatian daripada Catriona Ross. Di IG Story, pelakon ini ada berkongsikan paparan tajuk berita. Catriona seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia mungkin mahu melihat anak menteri divaksin dan dipaparkan secara langsung di televisyen. “Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda divaksin di tv nasional dulu,” tulisnya.

Vaksin untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang hari ini dengan memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.
Kata beliau, vaksin jenis berkenaan mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas. Beliau berkata, PBKD turut meluluskan vaksin Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection iaitu vaksin Comirnaty dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi.
“Vaksin ini mempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (satu bulan) apabila disimpan pada suhu 2 ºC hingga 8ºC setelah dinyah beku. “Indikasi Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi Covid-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin Comirnaty di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman. Menurut beliau, PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia® Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection sebagai dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas.
Katanya, ia diperlukan dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin sama yang mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd. dan ia dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc., China.
“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. “Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin-vaksin tersebut kekal positif,” katanya. Tangkap layar temu janji pemberian vaksin Khairy Jamaludin.

“Saya telah ambil suntikan vaksin” – KJ
PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan beliau belum mengambil suntikan vaksin seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam. Beliau sebaliknya menegaskan telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021, malah merupakan individu pertama di Malaysia menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.
Khairy Jamaluddin berkata, beliau mendapatkan suntikan dos kedua pada 8 April 2021 dan menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.
“Sejak semalam telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/. “Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘sedang diproses’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.
“Untuk makluman laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam. “Bagaimanapun selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini,” jelasnya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos pertama beliau turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan beliau menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut. Justeru, katanya, beliau menafikan maklumat yang dipaparkan dalam tangkap layar yang tular tersebut dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara
Sumber: Cari, UTUSAN
Kj Dedah Ada Jemaah Umrah Yang Pergi Tanpa Vaksin. Suami Ummi Nazeera Tampil Bersura Bagi Ayat Pedas Buat Ramai Yang Terdiam.
KUALA LUMPUR : Seramai 17 daripada 122 individu disahkan dijangkiti varian Omicron yang direkodkan setakat 4 Januari lalu didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang meneliti alasan mengapa mereka tidak divaksin sehingga kini.
Tambahnya lagi, 17 individu tersebut disahkan dijangkiti varian Omicron melibatkan 10 warganegara dan tujuh bukan warganegara. “Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom membabitkan (4) kes, Nigeria (4), Emiriah Arab Bersatu (4) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi.
“Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap pengembara dari luar negara, kita dapati bahawa daripada 122 positif Omicron selepas masuk ke Malaysia, 14 peratus (17 kes) tiada vaksinasi. “Di sini, wujud isu ketidak patuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Katanya lagi, siasatan juga akan dibuat sama ada 14 peratus mereka yang dibenarkan keluar negara tanpa vaksin mempunyai masalah kesihatan atau sebaliknya. Jemaah tanpa v4ksin: ‘Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai?’
SUAMI kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin seperti yang tular baru-baru ini. Kata Dr Izzar, seandainya dirinya terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah ketika ini, antara perkara yang perlu dilakukan adalah pengambilan vaksin wajib seperti yang ditetapkan dalam syarat kemasukan ke
Arab Saudi dan negara kita sendiri, Malaysia. “Kalau saya dapat pergi buat umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. “Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi vaksin C0VID-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.
“Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? “Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C0VID-19 dan Meningococcal?
“Saya tak naklah macam tu. Saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana. “Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya,” tegas Dr Izzar.
Natijah daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu, tambah Dr Izzar, akan mendatangkan risiko kepada semua pihak termasuk orang awam lain. “Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa jemaah umrah lain juga.
“Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja. “Tapi, yang paling saya takut adalah apabila saya akan menidakkan hak atau peluang jemaah lain untuk menunaikan umrah dan haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi.
“Takut Kerajaan Arab Saudi akan sekat jemaah dari Malaysia disebabkan saya. “Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letaklah peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan,” tambahnya.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.
Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.
sumber: astro awani
Terkini Kj Dedah 12 Jemaah Yang Baru Balik Dari Umrah Positif Covid 19 Varian Omicron Dan Belum Divaksin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa 12 daripada 17 jemaah yang baru pulang dari umrah positif Covid-19 dengan varian Omicron tidak mendapat sebarang suntikan vaksin disaat berdepan kritikan orang ramai atas keputusannya menyekat perjalanan umrah pada 8 Januari.
Tambahnya lagi, ini merupakan tak patuhi SOP yang telah dikeluarkan terlebih dahulu. Menurut Khairy lagi, sekatan perjalanan sementara ini akan berjalan selama sebulan. “Punca terbesar jangkitan kes import samada varian Omicron dan sebagainya adalah dari Arab Saudi.”
Katanya lagi, sekiranya tidak bertindak mengikut data yang diperolehi kita tidak akan mampu mengekang gelombang varian Omicron. Dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan menjangkakan sekiranya sekatan umrah ini tidak dijalankan, tidak mustahil kes jangkitan akan mencecah sebanyak 15,000.
Kes Positif Covid Masih Kekal 4 Angka. Terkejut Bila Ada Lagi 2 Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang.
Kes COVID-19 di Malaysia merekodkan jumlah di bawah 3,000 kes untuk dua hari berturut-turut selepas 2,757 kes baharu dilaporkan pada 27 Disember 2021 (Isnin). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, angka terbaharu itu menyaksikan jumlah kumulatif kes di negara kini sebanyak 2,743,936 kes.
Kes pada Ahad turut merekodkan jumlah di bawah angka 3,000 dengan 2,778 kes. Dalam pada itu, Pulau Pinang merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan, kes berkenaan dikesan semalam selepas jemaah umrah itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi. “Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya hari ini.
Sementara itu, Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, sebanyak 49 kes baharu varian Omicron dikesan di negara ini sehingga Jumaat lepas.
Beliau dilaporkan berkata, 30 kes varian Omicron adalah melibatkan warganegara Malaysia yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lalu, manakala kes selebihnya adalah ketibaan dari luar negara membabitkan United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu.
Kredit foto: Awani / Buletin Mutiara
Terkini Khairy Jamaluddin Sahkan Kanak Kanak Berusia 8 Tahun Positif Covid 19 Dari Virian Omicron. Rupanya Ini Punca.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan kes kedua varian Omicron yang melibatkan individu warganegara Malaysia yang menetap di Nigeria. Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini, menyatakan bahawa ia disahkan pada 14 Disember 2021 dan kedua-dua kes ini merupakan jangkitan import dari luar negara.
Katanya, kanak-kanak tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR-COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka telah diberi perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah.” Keputusan ujian RT-PCR semasa ketibaan, kanak-kanak itu didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021. Katanya lagi, kanak-kanak itu tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.
Tambahnya, kontak rapat terdiri daripada ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa mereka sekeluarga dari KLIA ke tempat kediaman. Hasil ujian ke atas keluarganya sebelum dan selepas ke Malaysia didapati negatif, malah pada hari kelima dan hari ke 11 juga negatif. Dalam pada itu, KJ juga menjelaskan bahawa hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan, sebanyak 18 kes lagi berkemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan esok.
Kes Pertama Omicron Di Malaysia. Sekali Kkm Dedah Akan Laksanakan Kempen Vaksinasi Lebih Agresif.
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kempen lebih agresif bagi memastikan mereka yang layak menerima vaksin Covid-19 untuk segera melengkapkan suntikan dos tersebut. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu termasuk menjalinkan kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pemberian vaksin kepada mereka yang belum mendapatkannya.
“Kita akan bekerjasama dengan NGO untuk memastikan dalam kalangan pekerja asing yang mungkin kerisauan belum mendapatkan vaksinasi termasuk rakyat kita yang belum divaksin. “Justeru, kita akan buat kempen agresif terlebih dahulu untuk memudahkan mereka mendapatkan dos vaksinasi pertama dan kedua,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow hari ini, seramai 1,031,946 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 untuk dos pertama dan kedua. Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, KKM juga akan memperhebatkan lagi kempen pemberian dos penggalak melalui penambahan kapasiti seperti yang pernah diumumkan beberapa hari lalu.
“Selain itu, kempen kesedaran untuk memastikan rakyat tahu betapa pentingkan untuk mendapatkan dos penggalak. Pada minggu depan, kita akan berbincang (berkenaan dos penggalak) dan sekiranya didapati ada keperluan, akan membuat pengumuman status vaksinasi penuh yang memerlukan dos penggalak,” ujarnya. Tambah beliau, buat masa ini, KKM menetapkan sasaran 75 peratus daripada penerima dos lengkap untuk mendapatkan dos penggalak. – K! ONLINE
KKM Dedah Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia. Sekali Ini Penjelasan Menteri Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan kes pertama positif CvdI9 varian Omicron telah dikesan di Malaysia pada 2 Disember 2021.
Penemuan varian Omicron
Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.
Beliau telah menjalani ujian RT-PCR CvdI9 setibanya di PMA KLIA. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Kes telah diberi diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.
Difahamkan, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar terbabit yang sudah lengkap menerima vksin dan tidak bergelaja itu telah patuh dengan menjalankan kuarantin seorang diri di penginapan tersebut.
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif CvdI9 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021. Berikutan daripada itu, kontak rapat seramai lima orang termasuk penumpang dan pemandu bas telah menjalani saringan ujian CvdI9 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Oh Bulan
Pengerusi SPR Membenarkan Calon Yang Positif Cov19 Bertanding PRN Melaka. Tapi Ramai Pula Warganet Bising Kerana Ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, semalam mengumumkan bahawa tiada sebarang halangan untuk calon yang positif COVID-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurut Abdul Ghani, borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.
Selain itu, ujian saringan COVID-19 melibatkan calon juga tidak diwajibkan namun semua calon digalakkan melakukannya. “Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding, asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan,” katanya kepada Bernama.
Pun begitu, kebanyakan warganet di media sosial dilihat memberi respon yang seakan membantah keputusan berkenaan. Rata-rata mereka menganggap calon yang positif sepatutnya dilarang untuk bertanding.Malah, menurut mereka, saringan sepatutnya diwajibkan memandang kos ujian kit semakin murah.
“SOP yang lebih ketat sepatutnya dipraktikan memandangkan negara kini sedang memasuki fasa endemik”.
“Wajibkan la saringan. Bukan mahal pun test kit sendiri tu. Kalau PCR pun apa salahnya. Buat pilihan raya kos mahal-maha, nak buat saringan setiap calon tak boleh. Safety come first”
“Peristiwa PRN Sabah bakal berulang..siap sedia menuju lockdown”
“Mana boleh macam tu, positif pun boleh bertanding,” tulis beberapa warganet.
Pun begitu, ada juga warganet yang cuba menjelaskan bahawa SOP tersebut tertakluk pada penamaan calon sahaja.
Mana-mana calon yang bertanding dan pada masa sama positif Covid-19 tidak perlu ‘turun padang’ dan borang pencalonan boleh dihantar melalui wakil.
“Aku tengok je mana yang komen, dah baca habis belum tu? Diorg hantar nama ikut wakil pun boleh, Itu maksudnya boleh bertanding, tuan badannya tak ada pun tak apa,” tulis seorang warganet.
Sekadar info, SPR juga telah menempatkan sebuah khemah khas di pusat pencalonan sekiranya terdapat calon yang bergejala Isnin ini. Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Difahamkan, sebanyak 12,900 petugas daripada pelbagai agensi termasuk KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan terbabit pada PRN ini. Sumber: Gempak.
Baru Sahaja KJ Umum Tidak Benarkan Aktiviti Berkaitan Pilihan Raya Dijalankan. Ahmad Maslan Desak SOP PRN Melaka Disemak Semula.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendesak kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan supaya sedikit kelonggaran dibenarkan ketika berkempen.
Ahmad berkata, sebagai ahli Parlimen yang menyokong kerajaan, beliau sendiri tidak dapat menerima SOP tersebut yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya dilakukan.
“Nak buat pilihan raya tetapi sebarang aktiviti mengenai pilihan raya tidak boleh dibuat. Penularan varian delta dijadikan alasan untuk SOP PRN Melaka dibuat,” katanya mengkritik SOP berkenaan ketika perbahasan berhubung tujuh ordinan darurat dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad menetapkan, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat. Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, beliau mencari maklumat berkaitan varian Delta di laman web KKM.
“Dalam laman web itu disebut bahawa jangkitan varian delta dalam kalangan individu yang divaksin jarang berlaku dan jika dijangkiti, (kita) tidak akan mengalami gejala teruk dan mungkin tidak perlu ke hospital. Tapi ia dijadikan alasan untuk tidak boleh dilakukan sebarang aktiviti ketika PRN Melaka,” katanya.
Justeru beliau berkata, SOP berkenaan seharusnya diteliti semula agar aktiviti kempen secara kecil-kecilan dibenarkan. Katanya, ia termasuk kempen dari rumah ke rumah, ceramah dan pertemuan dalam jumlah kecil.-Sumber: SH.
Ada Satu Lagi Perkara Yang Tidak Dibenarkan. Sekali KJ Umum Ini Antara Aktiviti Yang Berkaitan Pilihan Raya Tidak Dibenarkan.
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata larangan yang akan berkuatkuasa mulai 25 Okt hingga 27 Nov itu juga termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya.
“Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan PRN Melaka pada 20 Nov, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.
Khairy berkata larangan itu juga selaras dengan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu ‘apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan’.
“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),”katanya,
Katanya, perhimpunan atau majlis sosial tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.
