Akhirnya Terbongkar Punca Nasha Aziz Dah Hampir Berusia 50 Tahun Tapi Masih Tidak Mahu Berkahwin.

Business

Akhirnya Terbongkar Punca Nasha Aziz Dah Hampir Berusia 50 Tahun Tapi Masih Tidak Mahu Berkahwin.

“Kalau Saya Tak Jaga Amanah Ini, Siapa Nak Jaga?” Itulah jawapan Nasha Aziz apabila sering kali di tanya tentang jodoh. Dek kerana kejelitaannya itu, ramai melekat di depan TV kalau ada drama atau filem lakonan Nasha ditayangkan. Sampaikan ramai macam tak sabar nak tahu siapa yang berjaya tambat hati dan mengahwini Nasha Aziz.

Akhirnya Terbongkar Punca Nasha Aziz Dah Hampir Berusia 50 Tahun Tapi Masih Tidak Mahu Berkahwin.



Pernah mendapat gelaran “Supermodel Malaysia”, pelakon Nasha Aziz Nasha mempunyai pencapaian membanggakan dalam bidang lakonan termasuk memenangi anugerah nasional iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.

ARTIKEL MENARIK:“Batuk berdarah mungkin sebab luka dlm mulut” Ini keadaan Shidee selepas kem4langan skuter
loading...


Memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, bakatnya mula diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina, Nasha terus mengembangkan dan mencipta nama sebagai model terkenal tanah air sehingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat.

Namun, kerana batasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk tinggal di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan. Siapa sangka dalam kesibukannya mengejar cita-cita, Nasha reda jika dia ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayat.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 49, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh. ”Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.

” Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan. Nasha mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap orang tuanya yang semakin uzur. ” Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya,” ujarnya kepada mStar.

Nasha memanggil ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu dan ibu kandungnya sebagai mummy. Kata Nasha, keadaan ibunya yang sudah tua dan uzur memerlukan dia untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka. Mengakui pernah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun tidak kesampaian, Nasha tidak melatah kerana menganggap ia sebagai peluang untuk dia membalas jasa ibunya itu.

” Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya. ” Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian. ” Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri.

Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami. ” Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?,” ujarnya lagi.

Umur Cecah 50 Tapi Body Kekal Remaja! Nasha Aziz Jadi Perhatian Di KLFW 2021

Selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tidak perlu melihat jauh sehingga ke bumi Hollywood, lihat sahaja selebriti tanah air kita. Acap kali memenuhi undangan ke majlis-majlis glamor, setiap seorang dalam kalangan mereka pasti akan menggayakan busana mewah yang terdiri daripada pelbagai warna serta perincian. Ada yang sofistikated, ada yang elegen, ada yang ringkas, bahkan ada juga kelihatan unik dan hampir pelik.

Baru-baru ini, sebuah acara peragaan fesyen dilangsungkan selama 1 minggu di pusat beli belah ternama Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW 21), ramai artis dan personaliti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza dan Azfar Heri turut hadir menyokong hasiltangan para pereka fesyen tempatan.

Sepanjang majlis itu berlangsung, peragaan hari terakhir ternyata telah menarik perhatian warganet apabila tibanya giliran pakaian direka oleh Rizman Ruzaini dipamerkan. Pereka terkenal ini telah memilih model-model ‘otai’ seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tinie, Tengku Azura dan Deborah Henry untuk memperagakan busana rekaannya.

Meskipun sudah mencecah umur 50 tahun. pelakon wanita yang masih menawan persis anak dara itu hangat menjadi bualan ramai. Penampilan Nasha Aziz yang mengenakan pakaian serba merah berjaya memukau mata warganet sepanjang dia berada di atas pentas itu. Langkah catwalk penuh confident juga membuatkan dia nampak sangat gorgeous.

Sejak dikongsikan, kedua-dua video ini ditonton oleh ramai pengguna TikTok. Meninjau ke ruangan komen, mereka amat teruja melihat kesemua model legend kegemaran masing-masing masih lagi kelihatan menawan ketika beraksi di atas pentas peragaan.

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Tanpa Khabar Angin Tahu Tahu Dah Kahwin. Tapi Mas Kahwin Jasmin Hamid Dia Tarik Perhatian Ramai.

PETALING JAYA – Tanpa desas-desas mahupun khabar angin, dramatis senior, Jasmin Hamid rupa-rupanya selamat mengakhiri zaman solonya apabila melangsungkan pernikahan hari ini. Berita gembira tersebut dikongsikan Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid yang memuat naik sekeping gambarnya sedondon mengenakan baju pengantin berwarna putih bersama suami yang tidak didedahkan identitinya.

Kata pelakon berusia 46 tahun itu, meskipun pada asalnya menjalin hubungan cinta dengan orang lain, namun sebagai seorang hamba Tuhan yang beriman, wajib untuk dia mempercayai jodoh, pemergian dan rezeki adalah rahsia Allah apabila dipertemukan jodoh dengan suaminya itu. “Salam Jumaat. Syukur Alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain. Nikah dengan orang lain. Sebagai hamba-Nya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, pemergian dan rezeki adalah rahsia Allah,” tulisnya.

Jasmin Hamid nikah dengan PA, hanya minta sepersalinan alat solat

Pada majlis itu, Jasmin, 47, menerima mas kahwin RM80 dan sepersalinan alat solat iaitu telekung dan sejadah. Jasmin berkata, perancangan untuk berkahwin itu dibuat sebulan lalu selepas Nazmir menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. “Apabila saya memuat naik gambar memang semua terkejut, kecuali keluarga. Pernikahan ini diputuskan sebulan lalu.

Semua tahu saya memang jenis yang berahsia dalam soal peribadi apatah lagi membabitkan perkahwinan. Disebabkan itu, saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya hanya tanya Allah, kalau memang dia dikirimkan oleh Allah untuk saya, saya terima.

“Kami tak pernah bercinta. Selama lapan tahun dia menjaga saya sebagai pembantu peribadi saya. Dia tahu segalanya, baik buruk saya. Begitu juga saya. Malah sebelum ini pun masing-masing pernah berkawan dengan orang lain. Jadi, memang tidak pernah menjangka sama sekali untuk ke fasa ini.

“Sebab itu saya selalu cakap, belajar nak menjadi orang beriman bukan senang. Jadi kita kena percya jodoh, rezeki, pemergian semua dripada Allah. Kiranya yang sebelum ini bercinta, bukan yang terbaik Allah nak berikan pada saya. Sebab bukan jodoh,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Jasmin berkata bukan mudah untuknya membuka hati pada orang lain selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal. “Saya sudah solo lebih 10 tahun. Bukan senang nak buka hati pada orang lain. Orang datang dan pergi dalam hidup saya.

Bukan senang nak terima tanggungjawab ini. Saya sudah lama lepaskan tanggungkawab. Sekarang nak ‘refresh’ kembali. Cuma ringanya, dia tahu saya, saya tahu dia. Dia tulang belakang saya selama ini. Dia nampak susah senang saya. “Dia pun sudah umur berapa. Kami cuma nak dapatkan reda dan pahala Allah. Nak elakkan ftnah. Takut jika amal ibadat tak sampai. Sebab itu perlu halalkan hubungan ini. Walaupun orang tahu dia PA saya.

“Kami beza 12 tahun. Kalau nak tahu, saya tak pernah ‘taste’ dengan orang muda. Saya bukan ikut ‘trend’ orang lain suka orang muda, saya nak suka juga. Tapi apabila dia ‘approach’, saya fikir boleh tak dia sara saya. Saya fikir balik, selama lapan tahun ini dia yang jaga saya,” katanya.

Biarpun tidak memperincikan maklumat lanjut tentang pernikahan serta butiran peribadi si suami, namun pelakon drama Cukup Derita Itu berharap perkahwinan yang dibina akan membuatkan mereka lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. “Ini juga adalah berkat doa ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai yang menyokong dan sentiasa doakan yang baik-baik buat saya.

“Saya hanya buat yang afdal (akad nikah). Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun. Hanya ahli keluarga (yang hadir),” tuturnya. Perkongsian Jasmin mendapat respons daripada kalangan rakan artis dan peminat yang menghujaninya dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu serta mendoakan dia bersama suami bahagia sehingga ke syurga. Untuk rekod, Jasmin mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun bernama Ian Haziq yang merupakan hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami.

Betul Betul Wedding Of The Year Ni. Terkejut RM7 Juta Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli.

Laksana bulan dengan matahari… Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka. Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka. Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah Rm100,000 dan selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.




Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini. Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis. Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta. Sumber : mStar

Tampil Dedah Wajah Bakal Isteri Dan Bakal Langsungkan Majlis Pada 19 November. Sekali Haqiem Rusly Jawab Isu Nikah Gadis Umur 19 Tahun.

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly telah mengejutkan para peminat apabila mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya pada 19 November (Jumaat) ini.

Bakal bernikah pada 19 November

Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli bakal melangsungkan pernikahannya pada petang dan pada sebelah malam pula akan diadakan satu resepsi secara kecil-kecilan untuk keluarga serta beberapa rakan artis sahaja. Saya akan bernikah pada 19 November. Saya akan buat nikah petang tu dan malam kita akan buat resepsi secara kecil-kecilan. Saya hanya buat jemputan untuk keluarga dan rakan artis pun tak banyak yang boleh datang.

Setelah dua tahun bersulam cinta, pelantun lagu ‘Mimpi’ ini menyatakan bahawa dia ingin menjaga privasi hubungannya. Lebih menarik lagi apabila wanita yang berjaya memikat hati Haqiem adalah rakan kongsi dan bukan seorang artis. Saya jenis menjaga privasi sebab dahulunya saya bukan seorang yang menjaga privasi dan itu memakan diri saya.

Dia seorang rakan bisnes saya. Kami berjumpa dalam bisnes dia bukan seorang artis dan kenal-kenal dari situ lah. Dia sangat sempoi. Pada pandangan saya dia sangat lengkap untuk saya. Untuk menemani saya, hidup dengan saya selama-lamanya. Saya sangat happy. Kedatangan dia dalam hidup saya banyak mengubah saya.

Haqiem Rusly gatal nak kahwin?

Apabila ditanya mengenai dirinya ‘gatal’ hendak berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Haqiem mengatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan tidak ada istilah ‘gatal’ untuk berkahwin bagi dirinya. Saya ni bukan buat benda yang salah. Saya war-warkan benda ni. Kalau saya senyap-senyap tu ye lah. Tak ada istilah gatal nak kahwin sebab saya rasa saya dah bersedia tapi dalam masa yang sama saya nak menjadi seorang suami ni saya masih belajar apa yang sedang buat.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa tema perkahwinannya adalah bertemakan sky glass, namun dia memberi bakal isterinya untuk memilih tema bagi resepsi mereka. Untuk baju pernikahan kita ada Razman Razmi. Malam tu respesi kita pakai baju dari Rizman Ruzaini. Sumber : Oh Bulan

Betul Ke Sarah Suhairi Yang Bakal Bergelar Isteri Haqiem Rusli. Ini Jawapan Haqiem Rusli.

Ramai yang tahu bahawa penyanyi Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Macam-macam nama para peminat telah sebutkan tetapi pelantun lagu Tergantung Sepi itu masih lagi mengambil pendekatan untuk mengunci mulutnya dari mendedahkan identiti wanita itu.

Di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, ada pula yang bertanya adakah penyanyi Sarah Suhairi yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka itu

Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem?

Namun jawab penyanyi yang digilai ramai wanita terutamanya dikalangan remaja itu, Sarah Suhairi bukanlah gerangan identiti bakal isteri yang dirahsiakan olehnya. Apa-apa pun, harap peminat-peminat Haqiem dapat bersabar sikit ye. Nanti mesti Haqiem bagitahu punya! Sumber:Beautifulnara

Sejak Mula Ke Industri Hiburan Iman Troye Sering Dikaitkan Kontroversi. Sekali Ini Anggapan Iman.

Sejak melangkah masuk ke industri hiburan, nama Iman Troye sering terkait dengan kontroversi. Bermula dengan kesalahan baring di atas pokok hiasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seterusnya mencetuskan salah faham peminat disebabkan komen terhadap Jaehyun, anggota kumpulan NCT 127, nama Iman terus panas dengan beberapa kontroversi lagi. Pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Shahabudin, 21, itu juga pernah dikritik gara-gara menulis ‘Happy 6.9k everyone!’ di akaun Twitternya yang merujuk kepada peningkatan jumlah kes CVDI9 di Malaysia sekitar bulan Mei lalu.

Terbaharu, dia sekali lagi menjadi buah mulut warganet apabila meletakkan tag nama Instagram penyanyi Naim Daniel pada gambarnya yang sedang memegang sejambak bunga. Tindakan Iman itu menimbulkan riuh dalam kalangan peminat sehingga menyebabkan ramai yang membuat andainya bahawa dia dan Naim telah mengikat ikatan pertunangan. Bagaimanapun, Iman dan Naim secara terbuka memberitahu bahawa ia adalah gurauan semata-mata. Adakah Iman merupakan magnet kontroversi? Adakah hal-hal negatif menjadikan populariti Iman dalam kalangan peminat mencanak naik?

Berkesempatan berbicara dengannya pada sidang media virtual pengumuman senarai calon Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) yang berlangsung baru-baru ini, Iman menjelaskan bahawa kontroversi merupakan hal yang harus dilalui sepanjang berada dalam dunia hiburan. Menurut Iman, dia juga percaya bahawa setiap kontroversi yang dilalui sedikit sebanyak memperkenalkan namanya dalam kalangan masyarakat.

“Bagi saya, apabila saya sudah masuk dalam industri ini, saya kena terima setiap perkara baik dan buruk. Sisi buruknya bakal menjadi pengajaran supaya saya lebih matang dan berhati-hati. Sisi baik pula apabila saya selalu mendapat aura positif dan kata-kata semangat daripada rakan artis serta peminat.“Mungkin betul, setiap kontroversi dan berita yang dilaporkan sebelum ini menyebabkan orang mengenali saya. Namun, secara jujur, bukan niat saya untuk cipta kontroversi. Niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya rasa di media sosial,” ujarnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Iman berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal-hal negatif dan selalu menjadikan keluarganya sebagai tempat rujukan apabila ditimpa musibah. “Apa yang penting adalah kesihatan mental kita. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku, saya akan rujuk dengan keluarga terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat. Kemudian, saya tolak tepi benda yang tak penting supaya saya tidak terganggu dengan hal yang tidak enak,” jelasnya lagi. Ditanya adakah dia dan Naim Daniel mempunyai hubungan istimewa seperti yang digembar gemburkan, jawab Iman ringkas: “Tidaklah, saya anggap dia sebagai abang dan dia anggap saya sebagai adik. Tak lebih, tak kurang,” tutup Iman. Menerusi pencalonan awal AME 2021, Iman yang sebelum ini popular dengan single berjudul Teman tersenarai dalam empat kategori iaitu Artis Baharu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP Era, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP. Sumber : Gempak

Tunang Tolong Seseorang Ini Sehinggakan Mengalirkan Air Mata. Rupanya Ini Sebab Kenapa Boleh Buatkan Dia Sampai Begini Sekali.

Kisah dikongsikan seorang pengguna TikTok ini mengundang orang ramai terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh tunangnya. Menurut pemilik akaun bernama Lynn Az, dia mengatakan bahawa tunang mengajak dirinya untuk menghulurkan bantuan buat seorang mak cik.

Dia mengatakan bahawa tunangnya itu membelikan makanan yang mana sebelum itu sudah dihulurkan duit. Namun tanpa disangka-sangka pula selepas mendekati mak cik terbabit dan dia duduk dihadapannya lalu tunangnya itu memeluk dan menangis akibat terbayangkan ibunya sendiri.

“Mulia hatimu en tunang. Semoga Allah balas hati budi biy.. Pls kalau masuk fyp korg, doakan hubungan kami berkekalan.. ” katanya. Kisah yang dikongsikan itu mengundang warganet pula meminta agar dia menjaga tunangnya itu dengan baik kerana susah untuk mendapat lelaki sepertinya.

Dalam pada masa yang sama, perkongsian kisah terbabit juga mencetuskan rata-rata yang menonton video itu tidak dapat menahan air mata melihat momen tunang dia bersama mak cik tersebut. “Jaga cik Tunang dengan baik dik… susah nak dapat lelaki yang baik macam ni, hormat orang tua”

Warganet juga tidak melepaskan peluang untuk tinggalkan kata-kata doa kerana kebaikan tunang pemilik akaun itu yang menghormati orang tua. “Panas rasa mata tahan air mata ni, last-last keluar juga. Semoga tunang awak sampai bila-bila macam ni, hormat orang tua dan jaga awak sebaiknya” “3x ulang tengok, 3x jugak jatuh ayaq mata time tunang…” Sumber: HCL via erakini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------