Pintu Pusat Beli-Belah Lalaport Buka Sendiri, Fauziah Nawi Kaitkan Aktiviti Paranormal?

Business

Pintu Pusat Beli-Belah Lalaport Buka Sendiri, Fauziah Nawi Kaitkan Aktiviti Paranormal?

Tular di media sosial baru-baru ini, di mana terdapat video rakaman yang menunjukan pintu masuk di pusat beli-belah terkenal Lalaport Bukit Bintang terbuka dan tutup dengan sendirinya.

Pintu Pusat Beli-Belah Lalaport Buka Sendiri, Fauziah Nawi Kaitkan Aktiviti Paranormal?



Syak Berkait Dengan Paranormal


ARTIKEL MENARIK:‘Yang Nyanyi Sumbang Pun Tak Sedar Awak Dijadikan Bahan Lawak? Keturunan You Tak Malu Ke?’ – Dato’ AC Mizal
loading...


Rakaman tersebut kemudian menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai termasuklah golongan selebriti seperti Fauziah Nawi.

Pelakon veteran tanah air, Fauziah Nawi yang juga memuatnaik video tersebut berkongsi pandangan sama ada kejadian aneh tersebut berkemungkinan berkait dengan aktiviti paranormal atau sebaliknya.

“Bukit Bintang City Centre dulu dikenali Penjara Pudu – Mitsui Shopping Park Lalaport Pudu…. Lihat pintu terbuka sendiri, ada banduan keluar. Paranormal. Percaya atau tidak?” Tulisnya




Netizen Beri Pelbagai Respon

Muat naik pelakon veteran ini mendapat pelbagai respon dan komen warganet di ruangan komen, dan rata-rata memberi pendapat kejadian aneh tersebut kemungkinan berkait dengan aktiviti paranormal.


Foto – Instagram @fauziahnawi

“Sangat menakutkan”

“Seram”

“Uish tempat angker”

“Balik dari Lalaport tu anak saya demam.. Entahlah mungkin bekas tapak penjara Pudu tu keras”

“Kalau ada ‘baby’ baik tak payah pergi.. Tak pasal nanti balik ‘baby’ tak tidur.. Saya MEMANG seram kalau tempat macam ni”

“Komen dekat TikTok ada yang kata nampak sesuatu perhati dekat pemilik video ni” komen mereka

Apa pandangan anda? Kredit -Murai MY.


-----------------------------------------------------------------