Seorang gadis dari Pakistan mengalami bengkak separuh bibir gara-gara rawatan kecantikan yang gagal disempurnakan. Menurut Hareem Shah, dia membuat rawatan itu di United Kingdom (UK). Ketika suntikan dilakukan, dia menerima panggilan telefon yang mengatakan akaun bank miliknya dibekukan.
“Saya sekarang berada di UK. Hari ini saya berjumpa doktor untuk suntik bibir. Doktor baru suntik separuh bibir saya, kemudian saya terima panggilan mengenai akaun bank kini dibekukan,” ujarnya.
ARTIKEL MENARIK:14 Kali Kahwin & Cer4i, Rupanya Janda Kaya Tetap Syarat Pelik Sampai Semua Bekas Suami Menyerah

Gadis itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia tidak mampu untuk membuat bayaran penuh rawatan tersebut, menyebabkan prosedur berkenaan dilakukan separuh jalan sahaja. Menurut laporan, akaun bank gadis itu dibekukan oleh Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) kerana dikaitkan dengan pengubahan wang haram.
FIA memulakan siasatan ke atas gadis itu pada 12 Januari lalu. Dia sebelum ini pernah memuat naik video memaparkan sejumlah wang yang banyak. Akaun bank gadis itu dibekukan kerana dikaitkan dengan pengubahan wang haram. Untuk rekod, Shah merupakan selebriti media sosial yang mempunyai 6.5 juta pengikut. Sumber : Trending Sangat
Jadi Mgsaa Doktor Estetik Palsu. Gara Gara Buat Filler Di Punggung Raja Ilyah Diberi Suntikan Hingga Mungkin Akan Kehilangan Nyawa.
Pelakon, Raja Ilya memberitahu nyawanya hampir melayang selepas menjadi mgsaa doktor estetik palsu. Tambahnya, dia menerima suntikan berbahaya tersebut sekitar tahun 2008 hingga 2009 ketika masih naif dan kurang ilmu.
Hadiri uji bakat filem Tamil

Menerusi laporan Berita Harian, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad terpaksa hidup dengan kesan sampingan rawatan yang pernah dilakukan itu. Masa muda, saya tidak berfikir panjang. Ia berlaku apabila saya menghadiri uji bakat filem Tamil di India. Ketika bersembang, penerbit filem mengatakan saya perlu ada beberapa kriteria, terutama bentuk badan. Penerbit menyatakan saya tiada aset seperti punggung besar. Saya menangis kerana merasakan ia adalah diskriminasi. Apabila saya berkongsi cerita ini dengan rakan jurusolek, dia menyarankan saya untuk membuat punggung dan memperkenalkan kepada seorang doktor.
Sejak daripada itu juga, Raja Ilya mula mengumpul duit sehingga RM8,000 untuk membuat suntikan ‘filler’ pada bahagian punggung. Doktor palsu itu menyatakan suntikan ‘filler’ selamat dan tunjuk gambar artis yang pernah melakukan perkara sama. Apabila diberikan suntikan ‘filler’, saya mula pening, kemudian dicucuk dengan beratus suntikan. Disebabkan terlalu pening, saya tak ingat apa-apa. Saya disuruh balik, kemudian datang beberapa hari untuk menyempurnakan proses rawatan. Saya pergi semula beberapa minggu kemudian dan baru sedar melakukan kesilapan besar. Saya kelihatan sangat buruk, macam tempayan.
Ada yang meninggal dunia

Bercerita lagi mengenai keadaan dirinya sehingga kini, Raja Ilya berkata dia masih menerima kesan sehingga sekarang. Pelakon yang kini menetap di Australia itu berkata, dia mengalami kesan sampingan pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital.
Ketika itu, baru saya tahu dia bukan doktor, hanya menggunakan sijil palsu untuk menipu orang. Ketika itu, saya digigit kucing dan memutuskan ke klinik untuk mengambil vaksin. Ketika itulah, segalanya terbongkar dan saya hampir m.t1. Selepas tiga hari mengambil vaksin, saya sakit dan timbul ketulan seluruh badan. Saya tidak boleh berjalan dan bernafas. Saya dimasukkan ke hospital swasta dan tahap kesihatan merudum apabila tekanan drh menurun. Saya dipindahkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital kerajaan. Saya sedih doktor tidak tahu nak buat apa kerana ingatkan saya mempunyai penyakit pelik. Saya akhirnya dimasukkan ke wad pengasingan bakteria berbahaya selama berminggu-minggu.
Tambahnya lagi, doktor telah memberikan dos ‘morphine’ yang tinggi siang dan malam sehingga membuatkannya tidur sepanjang masa. Selepas dua tahun menyimpan rahsia, Raja Ilya diperkenalkan dengan seorang doktor operasi plastik. Doktor itulah yang membantunya membuang minyak silikon sebanyak mungkin.
Selepas ujian ke atas ketulan itu dibuat, baru tahu ia adalah minyak silikon yang juga bahan terlarang. Sebab kebanyakan minyak silikon sudah melekat dengan otot, organ dan tulang belakang. Jika mahu membuangnya saya berdepan risiko lumpuh sebab ia berada sekeliling saraf tunjang. Jadi, doktor melakukan prosedur yang mana tidak semuanya boleh dikeluarkan. Sumber: Berita Harian
Ada Yang Tanya Seronok Atau Tak Duduk Di Australia. Selaki Selamba Je Ini Respon Raja Ilya
Pelakon jelita dan seksi tanah air, Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bersama suami tercinta memuatnaik video yang cukup menarik di akaun Instagram nya. Tujuan Raja Ilya berkongsi video sebenarnya bagi menjawab soalan orang ramai yang sering bertanya kepadanya, sama ada seronok atau tidak menetap di Australia.
Gambarkan Australia ‘Unpredict4ble’
Menurut Raja Ilya, tinggal di Australia sama seperti situasi dalam video yang dikongsikannya di mana ia sesuatu yang tak dapat di jangkakan. “Orang selalu tanya saya Best Tak duduk Australia? Dan saya macam… (emoji pening dan bintang pusing) kalau anda duduk di rumah 24/7 mungkin seronok dan SELAMAT! Selamat datang ke Australia sememangnya ‘Unpredictable’ AU” tulisnya
Warganet Beri Pelbagai Respon
Melihat video dan membaca kapsyen yang dikongsikan pelakon jelita ini di Instagram nya, jadi perhatian orang ramai dan rata-rata memberi pelbagai respon serta komen di ruangan komen posting tersebut.

“Pehhh air yang jernih jangan disangka tak ada ‘shark do do” “Itu jerung kepala tukul” “Nasib tak kena ngap jerung” “Air cetek pun dia pi..” komen mereka

“Bahaya Bahaya Bahaya… RAJA ILYA” “Hujan batu dinegeri sendiri” “Seramnya” “Bahaya laut sana malah tasik dia orang pun boleh tahan” komen mereka. Sumber:Murai.my
Raja Ilya Dikritik Oleh Warganet Setelah Memuat Naik Satu Perkongsian Ini. Sekali Ini Respon Darinya.
Raja Ilya jelaskan maksud perbezaan gambar majlis perkahwinan yang dikongsi di Instagram. Perkongsian pelakon Raja Ilya mengenai perbandingan majlis perkahwinan di Malaysia dan Australia semasa pandemik Covid-19 mengundang rasa kurang senang segelintir warganet. Menjawab mesej peribadi (DM) yang dihantar seorang pengikut, Raja Ilya menjelaskan tindakannya itu hanya untuk berjenaka dan foto yang digunakan hanyalah hiasan semata-mata.
“Terima kasih mesej dan tanya, meh akak terangkan ya dik! Instagram akak bukan saluran berita, itu foto throwback (gambar lama) dan ada nota yang mengatakan gambar hiasan semata-mata. Itu sama je macam buku teks sekolah, gambar yang dipilih sebagai hiasan dan bukan benar. Maksud gambar yang satu tu paranoid (bimbang dan takut) sampai seorang tetamu pun tak ada.
“Satu gambar lagi rileks sahaja… sebab masa PKP kan tak boleh buat majlis jadi sebab tu tak ada gambar sekarang untuk dua-dua gambar tu. Ha macam tu la ceritanya,” jawabnya pada mesej yang dihantar pengikut berkenaan.

Sebelum itu, Raja Ilya memuat naik dua foto memperlihatkan perbezaan majlis perkahwinan antara dua negara. Majlis perkahwinan di Australia tidak dihadiri oleh tetamu, manakala majlis di Malaysia pula kelihatan orang ramai bersesak-sesak meraikan pasangan pengantin.
“1 case Perth full lockdown wedding versus 5,000 case Malaysia lockdown… (Note: Gambar hiasan semata-mata). Bila tak faham lawak dan serbu tak bagi salam,” tulisnya di Instastory.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian Raja Ilya dan berpendapat ia hanya memalukan negara.
“Maaf sis, tak ada majlis kahwin macam tu masa PKP, mungkin boleh buat research dulu sebelum nak post. Ibu bapa saya pun kahwin campur tapi mereka tak lupa daratan. Agak-agaklah ni gambar bila? Kritik negara sendiri. Nak buat perbandingan pun kena sama-sama adil ya sis, kongsi foto tahun yang sama dan musim yang sama!” tulis pengikut.
Raja Ilya Berang Apabila Ada Pihak Yang Cuba Buat Produk Tiruan. Dia Terus Mengambil Keputusan Ini Untuk Pihak Terbabit.
Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk makanan tambahan tiruan.Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, lebih membimbangkan apabila produk berkenaan yang menggunakan bahan kandungan berbahaya memperdaya orang ramai apabila dijual pada harga murah.
“Apa masalah korang? Nak menghancurkan periuk nasi orang lain. Kalau korang buat produk tiruan tanpa ada kelulusan yang betul, tahu tak apa akan terjadi kepada orang yang guna?”Saya terkejut bila ada orang sanggup buat produk tiruan dan jual harga murah. Bila semak kandungan, gula melampau-lampau, kalau tuang air panas, coklat tu meletup-letup,” katanya menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Lebih dikesalkan apabila dia bimbang sekiranya produk asli yang selama ini dipromosikannya pula yang terpaksa menanggung akibatnya.”Saya di sini promosikan produk minuman kurus itu, dan kalau orang tak dapat kesan yang diinginkan, tapi dapat kecing manis dan sebagainya, akan pergi (dituding) ke saya semula,” katanya.Ujarnya lagi, lebih menyedihkan apabila segala laporan dan aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa juga seolah-olah dipandang sepi. Aduan sudah dibuat, tapi saya tak faham kenapa tiada tindakan diambil.”Harap pihak yang patut jaga semua ni ambil tindakan cepat sebelum ada yang masuk hospital. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jabatan sepatutnya tolong jangan ambil mudah hal macam ni.”Cetak rompak hak orang dan pakai bahan-bahan merapu! Makyaiii berani ya main dengan nyawa orang sebab duit?” katanya. Foto kredit: Instagram @rajailya Kredit -
