Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Suhaimi Osman yang terkejut apabila pelekat getah lutsinar yang ditampal di bahagian kanan cermin hadapan keretanya boleh menghasilkan pantulan cahaya tajam.
Menerusi video tersebut, dilihat Suhaimi menunjukkan bagaimana pelekat getah lutsinar itu boleh memantulkan cahaya tajam sama seperti kanta pembesar sehingga dapat menghasilkan asap.
ARTIKEL MENARIK:Wanita Mesti Amalkan Walaupun Umur Sudah 30 Tahun Tapi Nampak Macam 19 Tahun, Petua Nenek-Nenek Dulu Kala Yang Kesannya Kulit Cantik Merah Jambu,
Menurut laporan Mstar, walaupun sudah 2 bulan dia memasang pelekat getah lutsinar itu namun dia baru menyedari perkara tersebut yang juga boleh menjadi punca kebakaran.
Hati-hati guys simpan dekat kereta… saya sudah nampak real hari ni.. boleh terbakar kereta.
Jelas Suhaimi, dia menggunakan pelekat getah lutsinar itu untuk melekatkan alat pemegang telefon bimbit pada cemin hadapan keretanya.
Saya post video tu sebagai peringatan saja untuk semua. Saya tak nak benda macam ni terjadi dekat orang lain yang ada kereta.
@suhaimiosman3
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi peringatan buat semua pemandu kereta serta membri tips untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku.
“Penting tinted,” tulis seorang netizen.
“Air mineral, spek mata jangan la letak bawah cahaya matahari.. silap-silap terbakar kereta. Fungsi dia sama macam kanta pembesar diletak bawah matahari untak hidupkan api,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Kredit -Beautifulnara