19 Tahun Bersama, Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Disahkan Bercerai, Tak Sangka Ini Jadi Punca

Business

19 Tahun Bersama, Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Disahkan Bercerai, Tak Sangka Ini Jadi Punca

IKATAN perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.

19 Tahun Bersama, Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Disahkan Bercerai, Tak Sangka Ini Jadi Punca



Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

ARTIKEL MENARIK:“Harini Dalam Sej4rah, Setelah 20 Tahun Penantian,” Rasa Seb4k Dengan Perk0ngsian Anak Sul0ng Didie Alias
loading...


“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

Ellie

Ellie dan Azri sah cerai.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti dilapor Getaran.

Usaha mStar untuk menghubungi pasangan ini tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab dan mesej hanya dibaca sahaja.

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.

ellie-3.jpg

Sedikit info Elli Suriaty

Ellie Suriaty Omar (Jawi: ايللي سورياتي; lahir 20 Februari 1970) ialah seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia.




Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?. Pada tahun 2016, Ellie telah dilantik sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan memikul tanggungjawab selaku Guru Seni Persembahan.

20180607_Ellie_2.jpeg

Dirnya mula menjadi masyhur selepas menjadi pengarah teater “Antara” bersama Erma Fatima, sungguhpun kemudian menarik diri beberapa hari sebelum pementasannya. Teater itu dipentaskan pada 26 hingga 28 Februari 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ellie mengubah suai naskah Antara kerana dikatakan “terpesong” daripada akidah Islam. Berkenaan hal itu, Erma Fatima menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeriksa skrip itu.

Suaminya Azri Iskandar, juga seorang pelakon. Ibunya, Noriah Mat Akhir meninggal dunia pada 11 September 2018

Pada 2018, beliau diberi amaran polis kerana mengganggu sidang media Peguam Negara untuk menyuarakan sokongannya terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika sidang perbicaraannya berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad.

Dalam situasi pandemik COVID-19 negara pada 2021, Ellie serta keluarganya menarik perhatian negara kerana secara terbuka menyatakan sikap skeptik serta menolak vaksin COVID-19 atas hujah bahawa vaksin-vaksin tersebut diaplikasikan secara terburu-buru tanpa ujian lanjutan walaupun menafikan dukungan fahaman antivaksin secara mutlak. Pegangan ini turut diikuti kedua-dua anaknya yang bertindak membuat laporan polis untuk membantah dasar vaksin kerajaan untuk memvaksin para remaja seluruh negara.

Azri Iskandar

Puisi Moden Episod 5 - Selesa Tertinggal Solat (Azri Iskandar) - YouTube

Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar (lahir 1968 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah pelakon lelaki Malaysia yang dikenali kerana kemampuannya membawakan watak-watak berkarektor. Beliau pernah beberapa kali dicalonkan untuk kategori pelakon terbaik dalam anugerah hiburan tempatan.

Sumber Mstar 

viatwo.e-kesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri


-----------------------------------------------------------------