Selepas 19 tahun hidup bersama, Ellie Suriati Omar mengakui jodohnya dengan Azri Iskandar hanya berlanjutan sehingga hari ini saja.
Namun, Ellie menegaskan, perceraian yang berlaku tidak sesekali mengganggu hubungannya untuk membesarkan anak-anak secara damai bersama bekas suami.
ARTIKEL MENARIK:“Fikir Logik Ikut Fakta, Bukan Ikut Trend..” – TMJ ‘S0und’ Harith lskander? Memang Pedas Komen TMJ..
Bercakap kepada Malaysiakini, Ellie menjelaskan, lafaz t4lak satu itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor di depan Hakim Muhamad Hisyam Zakaria pada jam 9.34 pagi tadi.
“Kami tak memohon hak penjagaan anak-anak kerana ia akan dilakukan secara bersama. Anak lelaki, Azrell akan tinggal bersama Azri, manakala yang perempuan, Nur Azreen akan menetap bersama saya.
“Tapi sekiranya saya perlu menjalani penggambaran ke luar negeri, Azri akan menjaga kedua-duanya. Ia semudah itu.
“Malah anak-anak Azri (dengan bekas isteri pertama) juga rapat dengan saya, jadi memang tiada isu sekiranya mahu bertemu meluangkan masa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Bagaimanapun, Ellie, 52, enggan menjelaskan secara mendalam punca terlerainya ikatan perkahwinan itu.
Namun mengakui, dia yang membuat permohonan perceraian pada 22 April lalu.
“Kami bercerai secara baik, tiada berdend4m mahupun bermusuh4n. Saya hargai perkahwinan yang dibina bersama bekas suami selama 19 tahun. Saya doakan yang terbaik buat Azri untuk masa depannya.
“Cuma, saya tak mahu rosakkan apa yang pernah dilalui sepanjang perkahwinan dengan membuka pekung di dada.
“Lagipun, umum tahu bagaimana saya dan Azri tidak gemar bercerita kisah rumah tangga kami. Biarlah kami saja yang tahu punca mengapa ia berakhir. Kami mahu kekalkan ia begitu,” tambahnya.
Ditanya soal kerja sekiranya ada produksi meminta mereka bekerjasama, Ellie menyatakan dia tidak menolak untuk ‘disatukan’ kembali atas tujuan profesional.
Katanya, dia rela berbuat demikian sekiranya tugas atau skrip yang ditawarkan berkualiti serta memuaskan hati.
“Sekiranya tiada orang lain lebih layak untuk mengarahkan dia dalam sesebuah produksi, saya rela melakukannya, tiada masalah.
“Dan sekiranya ada skrip yang memerlukan saya berlakon bersama Azri juga saya tak akan menolak sekiranya ia benar-benar bagus dan watak diberikan juga bersesuaian,” katanya.
Ellie Suriaty Pernah Meng4muk, Wanita Kacau Suami Tengah-Tengah Malam – “Dah Nak M*mpos Sangat Sampai Terdesak …”
Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.
Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.
“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu?
“Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?
“Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?
“Dah nak m*mpos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?” tulis Ellie geram.
Terdahulu, Ellie turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.
Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.
Ellie Suriaty nafi ‘ikat’ suami – “Kalau betul saya kongkong, Azri Iskandar dah duduk rumah saja tak pergi penggambaran!”
SUSULAN pendedahan mengenai suami diganggu seorang wanita pada waktu malam, pelakon Ellie Suriaty berkata dia menerima mesej peribadi daripada pengasas produk kosmetik itu yang menjelaskan perkara sebenar.
Ellie berkata, dia tidak menuduh suaminya iaitu pelakon Azri Iskandar berlaku curang, sebaliknya berang dengan sikap wanita berkenaan kerana tidak sensitif mengenai masa orang yang sudah berkeluarga.
“Saya ada hantar friend request di Facebook tapi dia tak layan. Selepas muat naik status itu, baru dia mesej. Tapi memang saya abaikan saja dan anak saya yang baca.
“Wanita itu kata yang dia tak ada hubungan apa-apa dengan suami saya dan mesej yang dihantar hanya berkaitan kerja. Dia minta saya bersihkan namanya.
“Sedangkan saya tak kata pun dia ada hubungan dengan Azri. Saya cuma selar sikap dia yang tidak hormati masa orang lain,” ujar Ellie kepada mStar pada Selasa.
Sebagai wanita muslimah yang bekerjaya, kenapa perlu langgar waktu orang yang sudah berkeluarga?.
Selain itu pelakon dan pengarah itu menafikan cakap-cakap yang mengatakan dia cuba mengongkong suaminya.
“Kalau betul saya kongkong, Azri dah duduk rumah saja tak pergi shooting!” katanya lagi.
Terdahulu Ellie dilaporkan meluahkan rasa bengang terhadap seorang wanita yang menghubungi suaminya pada lewat malam.
Susulan itu Azri Iskandar turut tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengenali rapat individu berkenaan dan hanya berhubung dengannya menerusi Facebook sejak akhir-akhir ini.
Azri Iskandar memberitahu wanita itu mendekatinya atas urusan menjual produk.
Dalam pada itu, Ellie berkata berharap agar wanita berkenaan sedar tentang kesilapannya serta tidak bersikap pentingkan diri sendiri.
“Saya bukan mengamuk tapi hanya ingin beri pengingatan kepada sesiapa saja agar sentiasa menghormati masa orang lain. Jangan mesej suami orang pada pukul 12.17 tengah malam semata-mata nak cakap fasal perniagaan MLM.
“Bagi saya tindakan dia itu pentingkan diri sendiri sebab dia tak menghormati masa dan rumah tangga orang. Azri itu suami orang, masih ada isteri… bukannya duda!
“Sebagai wanita muslimah yang berkerjaya, kenapa perlu langgar waktu orang yang sudah berkeluarga? Kenapa perlu mesej suami orang waktu tengah malam? Apa niat sebenar dia?
“Dunia perniagaan dia tak ada kena mengena dengan keluarga kami. Jadi siapa dia untuk langgar masa keluarga orang? Jangan disebabkan nak kejar keuntungan sampai buat suami isteri bergaduh!” katanya.
Berikut Sedikit Info Dan Latar Belakang Ellie Suriaty
Nama Penuh: Ellie Suriaty binti Omar
Tempat lahir: 20 Februari 1970 (umur 51) Kuala Lumpur, Persekutuan Malaysia
Pekerjaan” Pelakon, pengarah
Tahun aktif” 1998–kini
Pasangan” Azri Iskandar (k. 2003)
Namanya ‘panas’ selepas menjadi pengarah teater ‘Antara’ bersama Erma Fatima, tetapi kemudian menarik diri beberapa hari sebelum pementasannya. Teater itu dipentaskan pada 26-28
Februari 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ellie mengubah suai naskah Antara kerana ‘terpesong’ daripada akidah Islam. Tetapi Erma Fatima menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeriksa skrip itu.
Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikn rumahtangga pada tahun 2003.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
kredit: astro awani, mstar, hmetro via