“Padahal lagu-lagu saya banyak” Jalil Hamid Persoal Bayaran Royalti Hanya RM100 Setahun

Business

“Padahal lagu-lagu saya banyak” Jalil Hamid Persoal Bayaran Royalti Hanya RM100 Setahun

Penyanyi lagu Ayam dan Raya, Jalil Hamid, 65, mendedahkan hanya menerima bayaran royalti RM100 hingga RM300 setahun walaupun lagu-lagunya sentiasa mendapat permintaan peminat.

“Padahal lagu-lagu saya banyak” Jalil Hamid Persoal Bayaran Royalti Hanya RM100 Setahun



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jalil dalam nada kesal berkata, dia hairan mengapa bayaran royalti yang diterima tidak selari dengan populariti lagu-lagunya.

ARTIKEL MENARIK:Fizo Omar muat naik gambar dengan isteri, tapi benda ni pulak yang jadi perhatian warganet
loading...


“Memang ada terima bayaran royalti tetapi, saya hairan kenapa hanya RM100?. Ada sekali RM300. Padahal lagu-lagu saya banyak. Bagi saya tidak berbaloi dan setimpal.

“Kalau diikutkan lagu-lagu saya masih popular dan di radio-radio negeri, lagu-lagu saya masih menjadi pilihan serta ada yang menjuarai carta. Sehingga ke Singapura.

“Malah ada ramai rakan-rakan pelawak saya yang memilih menyanyikan lagu Ayam atau Raya di majlis-majlis tertentu, tetapi itulah royalti yang diterima, tidak berbaloi,” katanya.

Sebelum ini, beberapa artis menyuarakan kekesalan mereka apabila bayaran royalti yang diterima tidak selari dengan populariti lagu.

Malah ada penyanyi yang tidak pernah menerima sebarang bayaran walaupun sudah berbelas tahun dalam industri seni muzik.

Dalam pada itu, Jalil turut mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran serendah RM200 bagi menjayakan satu watak oleh sebuah produksi.

Namun jelas pelakon drama popular Ayahanda ini, dia menolak tawaran tersebut dan menyifatkan bayaran itu sebagai memijak maruah seorang anak seni.

“Saya tolak sahaja. Tak berbaloi dan rasa seperti diperlekehkan. Ramai juga anak seusia dan seangkatan saya mengadu perkara sama.

“Bagi saya, tolak sahaja. Insya-Allah ada rezeki lain. Tak perlu rendahkan maruah kita sebagai anak seni,” katanya

Reaksi Netizan

“Kesian…memang tak setimpal. Dah tak boleh nak harap sangat royalti dari lagu zmn sekarang ni..

btw, anak saya yg darjah 1 suka dengar lagu Jalil Hamid ni, lagu Makan / Ayam / Raya. Siap tulis balik lirik utk rujuk nk nyanyi balik. Lagu-lagu tu ada keunikan tersendiri. Evergreen..”

Orang Tua Pun PerIu Makan Dan Minum Jugak’ – JaIiI Hamid Sound Padu Selepas Ditawarkn RM15O Saja

” Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?”.

Itu luahan pelakon veteran, Jalil Hamid dalam sesi sidang media virtual sempena kehadiran drama bersiri Ayahanda, yang berlangsung hari ini.




Menurut Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, isu bayaran rendah kepada pelakon senior adalah perkara yang paling tidak adil dan berlaku di dalam industri seni lakon tanah air.

” Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa d0sa mereka?

” Dia (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum juga.

” Bidang lakonan ini tak ada ‘pencen’. Tak ada had umur,” katanya.

Tambah Jalil, dia juga pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.

” Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.

” Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.

” Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu pengh1naan kepada saya,” katanya.

Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV bermula semalam.

Gambar: Jalil Hamid

Dalam pada itu Jalil berkata dia tidak berasa kecil hati dilabel sebagai ‘hero tua’ apabila masih diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam sebuah drama pada usia 64 tahun.

Jalil berkata, pada usia 30an lagi dia sudah terbiasa memegang watak sebagai orang tua dan tidak kisah dengan gelaran tersebut.

” Saya tak ada nak komen apa-apa la sebab semua pelakon kalau boleh nak jadi hero, nak jadi pelakon utama, tapi adakah keutamaan itu betul utama?

” Saya tak kisah sejak muda lagi saya dah berlakon jadi tua dan kebanyakan watak-watak yang saya lakonkan ingin saya memegang watak orang tua.

” Waktu saya umur 30an pun orang panggil saya lakonkan watak 80 tahun even dalam teater sekalipun. Saya tak hairan dalam persoalan tu,” ujarnya kepada mStar.

Jalil ditemui pada sidang media drama Ayahanda yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV3.

Dalam perkembangan lain, Jalil meluahkan rasa kecewa tentang isu bayaran rendah kepada pelakon senior yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Ujarnya lagi dia pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah untuk pelakon berpengalaman sepertinya.

” Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Adakah disebabkan mereka popular atau banyak pengikut?.

” Ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir.

” Apa d0sa mereka pelakon senior? Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Ayam ini bersuara mengenai isu bayaran untuk pelakon vetaren, dia pernah meluahkan rasa kesal itu pada tahun 2018.

Akibat kelantangannya bersuara tentang bayaran rendah, dia mendkwa tidak menerima tawaran berlakon dan menganggur selama tujuh bulan.

Selama lebih empat dekad bergiat aktif sebagai pelakon, Jalil sudah menerima lapan anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1992.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit: utusan viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------