Kecoh Isu Lirik Lagu ‘Denyut’ & ‘Degup’, Ramli Sarip Tampil Cakap Benda Ni

Business

Kecoh Isu Lirik Lagu ‘Denyut’ & ‘Degup’, Ramli Sarip Tampil Cakap Benda Ni

Beberapa minggu kebelakangan ini kecoh apabila penggunaan perkataan dalam sebuah lirik lagu yang sedang popular diperdebatkan. Ia adalah lagu Casablanca dengan penggunaan perkataan denyut dan degup.

Kecoh Isu Lirik Lagu ‘Denyut’ & ‘Degup’, Ramli Sarip Tampil Cakap Benda Ni



Dari perspektif seorang tenaga pengajar, penggunaan perkataan meski diguna dalam lagu haruslah tepat agar para pelajar tidak keliru atau menggunakan perkataan yang betul dalam sesi persekolahan.

ARTIKEL MENARIK:Dakwa Alami Gangguan Sejak Peluk Islam, Pelakon Indonesia Pilih Keluar Agama
loading...


Bagaimanapun ada pendapat lain pula mengatakan lirik atau perkataan dalam lagu biasanya mempunyai seni tersendiri. Ia kadang mengandungi metafora atau simbolik yang bukan bersifat jelas seperti pelajaran di sekolah

Meminta pandangan mengenai polemik tersebut kepada pesohor seni dan seniman Datuk Ramli Sarip, penyanyi yang memiliki untaian lirik lagu penuh metafora dan simbolik tersendiri itu cukup cermat memberikan buah fikiran.

Ramli pada awalnya menjawab: “Saya mahu jawab pun saya tak mengerti sangat.”

Namun beliau yang sangat disegani dan dihormati ini akhirnya melahirkan sedikit pandangan dengan mengatakan untuk berbahas mengenai benda kreatif, ada banyak rahsia yang kita tidak tahu.

“Saya kurang arif, tapi bercakap mengenai benda kreatif, jika kita kaji bahasa lain pun, sebenarnya kita tak tahu apa rahsia yang dia (penulis lirik) mahu ceritakan.

“Secara peribadi misalnya untuk lirik lagu saya seperti ‘Andai kasturi hilang harum, mawar tak berkuntum’ itu juga sukar ditafsirkan. Sama macam lagu Nyanyian Sejagat, lagu baharu saya yang punya simbolik terselindung,” hujah Ramli penuh berhati hati.

Denyut atau degup?

Dalam temubual sama, Ramli kemudian mengatakan, secara peribadi beliau berasa penggunaan ‘denyut’ dan ‘degup’ boleh diguna pakai.

“Apa yang penting adalah keterbukaan yang sihat, yang boleh diterima dan boleh dihujah dengan logik.



“Jadi terpulang. Saya secara peribadi berasa kedua duanya boleh diguna pakai asalkan penulisnya boleh bertanggungjawab dan paling penting apabila orang tanya, kita ada jawapannya,” tambah Ramli lagi.

“Saya Law4n!” – Ada Individu Cuba Jatuhkan Maruah, Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis

Guru selebriti, Cikgu Zack Kirana Ibrahim membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa cuba menjatuhkan maruahnya.

Menurut Cikgu Zack, individu itu juga telah menghina dan mencercanya dengan kata-kata kesat di media sosial.

“Apabila sudah hilang sabar. Saya telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan mencerca saya dengan kata-kata kesat di media sosial.

“Individu tersebut juga cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu,” jelasnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Tambah Cikgu Zack lagi, dia telah menyerahkan segalanya kepada pihak polis dan berharap tindakan selanjutnya dikenakan.

“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. MALAYSIA ada undang-undang. SAYA LAWAN!” tulisnya.

Terdahulu, Cikgu Kirana sebelum ini menjadi tular selepas menegur kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu popular, Casablanca.

KREDIT: ASTRO GEMPAK


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------