“Makanan Hamzah Tu Bukan Kaleng-Kaleng, Terkejut Tengok !” itu antara komen netizan melihat video Balu Abam Bocey, Hidayah Membawa Anaknya Syed Uthman Hamzah Makan Di Restoran
Melihat rupa Hamzah terkini, makin serupa dengan wajah arwah Abam
ARTIKEL MENARIK:Tular gambar nikah di Tiktok, Rupanya Ini Status Baby Shima
Setelah dua tahun arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dijemput ilahi, ramai yang masih lagi mengingatinya. Lagi sedih apabila mengenangkan isteri dan anak arwah.
Perkembangan anak dan juga balu Abam Bocey, Hidayah dan Syed Uthman Hamzah sehingga kini masih lagi diikuti oleh warganet sekali pun sudah bertahun arw4h Abam pergi menemui PenciptaNya.
Hidayah juga selalu berkongsikan kehidupannya dan Hamzah di laman sosial Abam. Sebelum ini, Hidayah ada berkongsi kejayaan berjaya membeli sebuah MPV dengan hasil titik peluh dia sendiri
Tidak pernah kenal erti penat. Itu yang boleh disifatkan kepada isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang pandai mencari duit hasil titik peluh sendiri
Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun, daun sukun dan serum.
Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram (IG), Hidayah bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdiri di hadapan kereta mewah berwarna hitam itu ketika sambutan Aidiladha, baru-baru ini.
“Hamzah Makan Lauk Dinasour”
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Hidayah Hamzah, telah dikongsikan gambar dan video ketika Hidayah, Hamzah dan ahli keluarga yang lain sedang menjamu selera di ZamZam Arabic Restoran Seksyen 9 Shah Alam.
Berselera sungguh Hamzah makan disuap oleh ibunya ini. Di dalam pinggan Hamzah pula diletakkannya permainan dinosaurnya. Alahai Hamzah, suka betul dengan permainan haiwan. Nasiblah tak boleh dimakan permainan tu Hamzah yer, hehe.
Jom baca perkongsian di bawah :
Posting oleh Hidayah ini telahpun meraih hampir 6 ribu tanda suka daripada netizen sejak dimuatnaik. Antara komen-komen mereka :
” Suka tengok Hamzah, makin besar makin ikut muka arw4h ayahnya. Handsome anak arw4h Abam ni.. “
” Hamzah makan dinosaur ke tu haha, handsome boy Hamzah. Sebijik muka dan badan macam Abam. Enjoy your holiday dengan ibu yer.. “
” Terkej0t tengok, ingatkan makanan tu bentuk dinasour rupanya mainan haha. Sampai ke restoran Hamzah hidang dalam pinggan ye haha.. “
” Amboi Hamzah, dah besar nampak handsome. Sedap betul lauk dia kak Dayah, special betul haha.. Tak ada jual dekat kedai menu tu Hamzah.. “
” Ingat menu baru tadi, rupa nya dinosaur hamzah siap atas pinggan lagi.. ger4m tengok hamzah… comel sangat-sangat.. “
” Terkej0t tengok makanan Hamzah. dua tiga kali besarkan gambarnya, nasib baik hiasan je haha. Dia pun kenyang makan dinosaur, banyak ekor pulak tu haha.. “
Masa Hamzah Demam, Sambil Kucup Gambar Abam, Tak Henti Panggil ‘Ayah’
Dalam perkongsian isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, satu video menunjukkan gelagat anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang seolah mengerti kerinduan terhadap arwah ayahnya.
Menerusi video tersebut memaparkan aksi spontan anak arwah yang sedang memegang erat sebuah frame gambar sehingga menyentuh hati dan mengundang sebak orang ramai.
Namun, apa yang menyedihkan apabila mengetahui gambar yang didakap Hamzah itu adalah gambar wajah Allahyarham Abam.
Kucup gambar dan panggil ‘ayah’
Nampak kerinduan di wajah Hamzah yang tak henti mengucup gambar ayahnya itu. Ditambah pula, Hamzah memanggil-manggil ‘Ayah’ (gelaran buat Abam) setiap kali melihat gambar tersebut.
Menerusi kapsyen di gambar tersebut, Hidayah menulis kenangan Hamzah sayang ayah. Masa Hamzah demam rindu dekat ayah terus dia ambil gambar ayah. Hamzah sayang ayah, sentiasa doakan ayah. Al-fatihah suami ku sayang Syed Umar Mokhtar.
Sumber : IG Hidayah Hamzah
Kredit -