Baru-baru ini, viral sepotong klip video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan tindakkan seorang lelaki yang menegur seorang wanita dikhalayak ramai kerana dikatakan berpakaian agak s3ksi.
Kemudian, suami kepada wanita tersebut tampil mempertahankan isterinya dengan bersemuka dengan lelaki berkenaan sehingga mencetuskan suasa tegang.
ARTIKEL MENARIK:Dah tak mengikuti satu sama lain dan tampil buat status sedih, sekali ramai syak hubungan Aedy Ashraf dan Amelia telahpun berakhir
Video tersebut nyata ngundang reaksi daripada pelbagai pihak. Antara yang turut sama berkongsi pandangan termasuklah pelakon jelita, Izara Aishah.
Jelas Izara, sekiranya ingin menegur, seeloknya tindakkan tersebut dilakukan oleh kaum jantina yang sama dengan cara yang berhemah.
Kalau ye nak tegur sangat sebetulnya minta yg wanita dari kenalan pak cik tegurkan. si suami ni dah la mualaf. Dia marah pak cik disrespect the wife that’s why Dia tak dapat nak kawal kemarahan. Sian. Ada yang kata pak cik terima bisikan allah untuk menegur gitu. Adui la pic.twitter.com/5v7Qei8yoz
— Madame Izara (@IzaraAishah) July 31, 2022
“Kalau ye nak tegur sangat sebetulnya minta yang wanita dari kenalan pak cik tegurkan. Si suami ni dah la mualaf. Dia marahkan pak cik tu kerana tak hormatkan isterinya. Sebab itu dia tak dapat nak kawal kemarahan.
“Kesian. Ada yang kata pak cik terima bisikan allah untuk menegur gitu. Adui la,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem J Revolusi itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter.
“Nak buat macam mana bukan saya yang letak syarat gitu. Tegur generally dan tegur secara individu lain. Salah perempuan tak menutup aurat memang salah.
“Hina mana pun dia kita yang nak menegur ni kena la buat prangai menginsafkan dia,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, teguran tersebut hendaklah dilakukan bagi tujuan menginsafkan dan bukan mem4lukan.
“‘Tak malu ke pakai macam ni?’ Adalah cara menegur yang anda banggakan? Setelah menegur masih pandang-pandang.
“Niat untuk menginsafkan atau memalukan?,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar semua pihak dapat lebih peka untuk menangani permasalahan seperti ini.
“Ingat, d0sa dia saya tanggung ok”-Peniaga NSFEST kena marah sebab tegur penampilan isteri orang
Terdahulu Gara-gara menegur penampilan seorang pengunjung wanita di Negeri Sembilan Festival 2022 (NSFEST 2022), seorang peniaga buku dimarahi di depan khalayak ramai.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh wanita terbabit menunjukkan, suaminya memarahi peniaga itu yang didakwa tidak beradab dengan isterinya menyebabkan dia bengang.
“Jaga adab tu bang! Abang tak ada adab dengan isteri saya, saya tak ada adab dengan abang! Okey?! Ingat, dosa dia (isteri) saya tanggung!” tegasnya.
Enggan memanjangkan hal itu, peniaga berkenaan akur dan menyentuh bahu lelaki itu serta dipercayai telah memohon maaf di atas kejadian itu.
Menurut Mia Khalidah, dia ditegur oleh peniaga berkenaan berhubung penampilannya. Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu, Mia terus memberitahu suaminya yang terus berdepan dengan peniaga berkenaan.
“First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut dia terus pergi sound abang ni selepas i beritahu dia.
“Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang.
“Abang ni (peniaga) jual buku kot kat event ni. Bila I lalu sebelah, dia terus cakap ‘Tak malu ke pakai macam ni?’. I terus pandang dia dan jeling, beritahu suami sebab dia still duk pandang-pandang.
“Perempuan please hati-hati kalau lalu sebelum abang ni,” katanya.
Di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi negatif dan positif.
“Betul, dia suruh jaga adab. If you’re stranger, as Muslims, you should tegur in private or whispers to the husband. Itu cara yang sah,” kata Izara.
“Kalau aku, aku tak bangga pun kalau laki aku macam ni. Aku lagi malu sebab kita ada suami, patut suamilah yang tegur cara pakaian isteri, bukan orang lain,” kata Mellow Ais.
“Nak backup isteri dah betul, tapi itulah tak kena tempat. Last-last semua orang backup pakcik tu,” kata Tuan MD Zaki.
Melalui pemerhatian di ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan peniaga berkenaan membuat teguran itu meskipun pahit untuk ditelan.
Sumber: TikTok Mia Khalidah
Sumber: Instagram & Twitter Izara Aishah
Kredit -