PENYANYI Salamiah Hassan kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan lelaki Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis.
ARTIKEL MENARIK:Diminta pergi ‘m4ti’ selepas tanggal tudung, Ini reaksi padu Elyana!
Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu Gelombang itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.
Dalam satu sesi video di laman Instagram miliknya, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu.
Salamiah akan terus menetap di Australia selepas berkahwin.
Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini.
Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.
Sementara itu, berita gembira tersebut turut dikongsi oleh anaknya, penyanyi Atilia Haron yang menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian.
Atilia menerusi hantaran di Instagram memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes, Alhamdulillah dan ibu saya, cinta hati kami bertemu dengan kebahagiaannya.
“Tidak dapat bersama mama tetapi saya sangat gembira dapat menyaksikan menerusi online.
“Tak sabar untuk memeluk kamu berdua. Kita adalah keluarga sekarang. Alhamdulillah,” katanya.
Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
Sumber : mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.