Adik Maut, Kakak Ditahan Reman Tanpa Kehadiran Ahli Keluarga Di Mahkamah

Business

Adik Maut, Kakak Ditahan Reman Tanpa Kehadiran Ahli Keluarga Di Mahkamah

Semalam berlaku satu kejadian yang menggemparkan media sosial apabila seorang remaja perempuan dipercayai membaling pisau ke arah adiknya hingga menyebabkan kematian.

Adik Maut, Kakak Ditahan Reman Tanpa Kehadiran Ahli Keluarga Di Mahkamah



Perintah tahanan reman selama enam hari telah dikeluarkan oleh Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan perbicaraan tersebut tidak dihadiri oleh ahli keluarga mangsa dan suspek.

ARTIKEL MENARIK:“Mereka Anak Yang Sangat Baik, Dididik Berkasih Sayang” – Keluarga Dedah Adik-Beradik Rapat
loading...


Ahli keluarga tidak datang


Memetik laporan daripada Harian Metro, remaja berusia 18 tahun itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarganya hadir ke mahkamah.




Difahamkan ahli keluarganya sedang sibuk berurusan di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mangsa.

Suspek mengaku membaling pisau ke arah mangsa kerana dipersenda oleh mangsa sewaktu masuk ke dalam rumah dan kes telah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro


Kredit -Oh! Media.


-----------------------------------------------------------------