Bertemu buat pertama kali selepas kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora dan Rizky Billar saling berpelukan

Business

Bertemu buat pertama kali selepas kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora dan Rizky Billar saling berpelukan

ISU rumah tangga pasangan Lesti Kejora dan Rizky Billar akhirnya selesai selepas kedua-dua selebriti terkenal Indonesia itu memilih jalan damai bagi mengakhiri persengketaan di antara mereka.

Bertemu buat pertama kali selepas kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora dan Rizky Billar saling berpelukan



Lesti sebelum itu dilaporkan menarik kembali laporan polis yang dibuat terhadap Rizky dan sudah pun memaafkan perbuatan suaminya itu.

ARTIKEL MENARIK:Setelah Berjuang Dan MeIawan Berhabis-Habisan, Puteri Sarah Akhirnya Kongsi Berita Gembira
loading...


Lesti memberitahu dia memaafkan lelaki itu kerana percaya hubungan mereka akan kembali pulih seperti biasa dan yakin Rizky adalah bapa terbaik buat anak mereka.


Lesti mencium tangan suami dan ketika bertemu pada Selasa.

“Salah satu yang membuatkan saya yakin (ketika menarik semula kes) adalah dia akan menjadi bapa terbaik buat anak kami.




“Ini adalah satu pengajaran bukan sahaja buat dirinya tetapi saya sendiri. Semoga kami akan menjadi pasangan suami isteri yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini dilihat jalan beriringan sambil berpelukan ketika berada di Balai Polis Daerah Jakarta Selatan pada Selasa saat dipertemukan buat kali pertama sejak kes berkenaan menjadi kecoh.

Lesti turut mencium tangan suaminya yang berpakaian baju kemaja-T warna hitam dan bertopi manakala aktres tersebut turut tampil dengan pakaian daripada rona sama.

Sementara itu, Rizky dengan penuh yakin memberitahu pemberita keluarga Lesti tidak pernah salah membuat pilihan dia sebagai menantu.

Malah aktor itu berjanji kepada keluarga mentuanya bahawa dia akan menjadi seorang suami lebih baik kepada Lesti dan menjaganya dengan lebih baik.

“Insya Allah mereka tidak salah pilih menantu, memilih saya untuk menjaga isteri dan anak kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, tindakan Lesti memaafkan Rizky mendapat tentangan pelbagai pihak terutama dalam kalangan peminatnya yang merasakan sokongan ditunjukkan sebelum ini sia-sia.

Ramai menganggap Lesti seorang yang mudah menerima permohonan maaf meskipun mendapat layan buruk daripada suami sendiri.

Terdahulu, pada awal Oktober lalu, Lesti membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas perbuatan curang suaminya terbongkar.Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.


-----------------------------------------------------------------