Genap Sebulan Berkahwin Ada Yg Kata Perkahwinan Mas Idayu Ada Masalah. Mas Idayu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Business

Genap Sebulan Berkahwin Ada Yg Kata Perkahwinan Mas Idayu Ada Masalah. Mas Idayu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

PENYANYI Mas Idayu menyangkal laporan sebuah portal hiburan mendakwa rumah tangga yang baru dibina sebulan lalu sedang bergolak.

Genap Sebulan Berkahwin Ada Yg Kata Perkahwinan Mas Idayu Ada Masalah. Mas Idayu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar



Bengang dengan laporan berita itu, Mas, 50, berkata tindakan portal tersebut adalah tidak wajar dan dilihat sekadar menumpang populariti.

ARTIKEL MENARIK:Did4kwa tatu tanda salib, Aaron Aziz siap rakam video jelaskan
loading...


“Saya sakit hati dan kecewa sangat, saya dapat berita dari fans saya tentang tajuk sebuah portal ‘baru bahagia takkan dah berduka’.

“Tiada apa, saya okay je. Jangan buat cerita apa-apa. Saya tidak boleh terima apa yang korang tulis. Saya okay je bahagia. Inai pun tak hilang lagi jangan buat andaian yang bukan.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-10.jpg

“Saya rasa tidak perlu korang menumpang populariti hanya nak naikkan page, tak kena tak sesuai,” katanya.

Mas Idayu menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Sebelum itu, sebuah blog hiburan menulis spekulasi mengenai rumah tangga Mas Idayu yang baharu dibina bersama Sufian Isa pada 16 September lalu.

Mas Idayu sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz, linangan air mata iringi majlis pernikahan - Trending Media

Spekulasi itu timbul selepas penyanyi dangdut terkenal ini memuat naik status penuh tanda tanya di akaun Instagram miliknya.

“Berselindung di balik senyum dan tawa… saya okay,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjawab mengenai perkara itu, Mas berkata dia dan suami sedang melalui fasa bahagia dan bukan seperti yang digembar gemburkan.

Katanya, sejak dari dulu lagi dia sememangnya suka berkongsi kapsyen sedih, kelakar dan juga gembira.

311124877_129789103173271_7370709538266487904_n

Mas Idayu minta peminat doakan yang baik-baik.




“Saya baru sahaja dirikan rumah tangga, hari ini baru genap sebulan. Apa yang korang nak? Saya dah tunjuk kebahagiaan. Semua hari perkahwinan, nikah dan percintaan.

“Benda yang saya tak kongsi korang boleh tahu, korang duduk dalam kain saya ke?” katanya lagi.

241353546357

Hantaran Mas Idayu yang mencetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, dia juga meminta peminatnya untuk mendoakan perkara yang baik buat dia bersama suaminya.

“Doa yang baik-baik, saya ni banyak kerja,” tambahnya.

VIDEO:

Ini artikel tersebut,

“Baru Bahagia, Takkan Dah Duka?” – ‘Update’ Status Sedih, Netizen Syak Rumah Tangga Mas Idayu Goyah?

“Baru Bahagia, Takkan Dah Duka?” – ‘Update’ Status Sedih, Netizen Syak Rumah Tangga Mas Idayu Goyah?

Sedia maklum, pada tanggal 16 September lalu, penyanyi dangdut terkenal iaitu Mas Idayu selamat disatukan dengan pasangannya iaitu penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.

Sebelum ini ramai yang menyangkakan Mas Idayu memilih tarikh tersebut kerana mahu kelihatan istimewa sempena Hari Malaysia, penyanyi tersebut menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan tiada sebarang simbolik memilih tarikh itu untuk bernikah kali kedua.

Biarpun baru saja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, hantaran yang dibuat oleh Mas Idayu baru-baru ini mencuri perhatian ramai dan mengundang tanda tanya.

Dalam hantaran video yang dimuat naik, dia memuat naik satu video wawancara seorang wanita bertanyakan keadaan selebriti wanita ini, tetapi selebriti tersebut menjawab ‘I’m okay’ sambil menahan sebak.

Kapsyen yang dibuat oleh penyanyi Cintaku 100% itu telah membuat ramai netizen berasa risau dengan keadaannya ketika ini, hingga ada yang merasakan Mas Idayu kini mempunyai masalah rumah tangga.

komen netizen

Ramai netizen risau dengan keadaan Mas Idayu apabila video serta kapsyen yang dibuat kelihatan dirinya sedang dalam keadaan sedih ketika ini, tetapi dalam pada itu, ada juga netizen mendoakan agar penyanyi dangdut berkenaan kekal tabah hadapi ujian yang sedang dihadapi.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri


Kredit -two.e-kesah



-----------------------------------------------------------------