Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa terhadap pihak terlibat selepas rumahnya yang terletak di Shah Alam, Selangor mengalami gangguan bekalan air.
ARTIKEL MENARIK:“Jelas Sangat Pantulan Tu” Makan Malam Bersama, Netizen Sahkan Shuib Bercinta Dengan Watie. Pekerjaan Wanita Ini Bukan Biasa2
“Dah 4 Hari Takde Air Kat Shah Alam Ni”
Menurut Zarina, Shah Alam sudah mengalami gangguan bekalan sejak 4 hari yang lalu, yang menyebabkannya terpaksa menginap di hotel untuk kemudahan urusan harian.
“Dah 4 hari takde air kat Shah Alam ni. Dari hotel mahal sampailah saya cari hotel murah sikit sebab nak mandi solat, nak cuci gigi nak pergi jamban.
Tadi Azil mengamuk bila kami masuk ke hotel ni. Azal terus lari keluar bilik mengamuk jugak.”-Tulis Zarina
Pelbagai Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Zarina, malah ada yang turut menawarkan bantuan untuk membenarkan pelakon drama Teduhan Kasih ini menggunakan air di rumah mereka.
“Marilah kak rumah saya kat Setia Alam.”
“Isu air tiada kesudahan di Selangor kak .”
“Inilah masanya Datin Zarina test water ahli Dewan Negeri. Siapa yang tolong Shah Alam takde air. Kesian Azil.”
“Negeri Selangor ni memang itu sahajalah masalahnya. Di Sepang pun selalu juga tak ada air.”
“Datang rumah saya kak Zarina tapi rumah saya tak cantik rumah kayu nak mandi basuh baju pun boleh datang je kalau sudi .”
Murai MY berharap semoga dipermudahkan segala urusan Zarina dan keluarga.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber/ Kredit : https://murai.my/
Kredit -Slamber Media