Memilukan! Suami kerat isteri… organ dibakar, direbus di belakang rumah

Business

Memilukan! Suami kerat isteri… organ dibakar, direbus di belakang rumah

Tragis! Suami kerat isteri… organ dibakar, direbus di belakang rumah

Memilukan! Suami kerat isteri… organ dibakar, direbus di belakang rumah



Seorang lelaki didapati membunuh dan membakar organ isterinya. foto Robert Fernando Siregar

ARTIKEL MENARIK:Penternak Cilik Raih RM10,000 Sebulan Hasil Jualan Anak Ayam
loading...




BUKAN sekadar membunuh, seorang lelaki sanggup membakar dan merebus organ badan isterinya.

Lelaki berusia 44 tahun itu melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di Dolok Sanggul, Humbang Hasundutan, di Sumatera Utara, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Humbang Hasundutan, AKBP Achmad Muhaimin berkata, perkara itu terbongkar selepas salah seorang penduduk melihat pelaku membawa guni berisi organ isterinya dan membakarnya di belakang rumah.




“Saksi melihat gerak-geri pelaku, sehingga dia melihat dua kaki manusia yang sudah dipotong dan terbakar,” kata Muhaimin, pada Sabtu.
Saksi itu segera melaporkan kejadian itu kepada polis dan pasukan Unit Siasatan Jenayah Polis Humbang Hasundutan ke lokasi kejadian.



“Anggota polis turut menemui cebisan mayat manusia dan kepala berasingan yang telah direbus oleh pelaku,” tambahnya.

Suspek telah ditahan di Polis Humbang Hasundutan untuk siasatan lanjut.


Kredit -Article Update



-----------------------------------------------------------------