“Nad Zainal dah lama pas4ng ni4t berhij4b,” tak rasa imej baru ganggu karier seni

Business

“Nad Zainal dah lama pas4ng ni4t berhij4b,” tak rasa imej baru ganggu karier seni

Penampilan manis Nad Zainal yang kini ayu bertudung sememangnya telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata peminatnya memuji imej barunya yang dilihat lebih sopan.

“Nad Zainal dah lama pas4ng ni4t berhij4b,” tak rasa imej baru ganggu karier seni



Menerusi perkongsian dari Mstar, Nad mengakui yang dia kini sedang berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna dan berharap agar peminat dapat mendoakan perubahannya.

ARTIKEL MENARIK:Ramai perasan vokalnya tidak sebagus ketika di GV dulu, sekali Siti Nordiana tampil beri jawapan
loading...


“Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf.

“Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya


Walau bagaimanapun, Nad enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan perubahannya itu dan  menjelaskan ada baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak bertudung.

“Saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem,” katanya


Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32 memaklumkan yang niat ingin bertudung sudah terlintas di hatinya sejak dua tahun lalu dan merasakan imej tersebut bukan satu penghalang untuknya meneruskan karier sebagai seorang pelakon.

“Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab.




“Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah,” ujarnya.


Sebelum ini, Nad telah menjadi perbualan peminat di media sosial apabila tampil berhijab ketika melakukan pengambaran untuk program travelog sewaktu di Thailand.

Rata-rata peminatnya telah memuji penampilan pelakon tersebut yang dilihat semakin cantik dan lebih sopan apabila mengenakan tudung.

Sumber: Satkoba


Kredit - Pisang Daily


-----------------------------------------------------------------