Terkini! PH dan BN Adakah Pertemuan, Dijangka Muktamad Kerjasama Hari Ini?

Business

Terkini! PH dan BN Adakah Pertemuan, Dijangka Muktamad Kerjasama Hari Ini?

Parti yang menang banyak kerusi pada kempen PRU-15 yang lalu, Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) pada jam 10 pagi ini.

Terkini! PH dan BN Adakah Pertemuan, Dijangka Muktamad Kerjasama Hari Ini?



Pertemuan itu difahamkan untuk membincangkan mengenai kerjasama yang akan dilakukan antara kedua-dua parti itu dan dijangka dimuktamadkan hari ini.

ARTIKEL MENARIK:“Presiden Dan Biro Tiada Hak” – Ismail Sabri Maklumkan Hanya MT Tertinggi Boleh Tentukan Pembentukan Kerajaan Dengan PH
loading...


Dalam pada itu, menurut sumber daripada Berita Harian, tujuan sebenar pertemuan tersebut diadakan tidak diberitahu kepimipinan PH.

Ketika ini, masih belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Meskipun menang dengan kerusi terbanyak iaitu 82 kerusi, PH dilihat belum mampu untuk membentuk Kerajaan Persekutuan ditambah pula dengan Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan bahawa beliau sudah mempunyai cukup majoriti untuk menjadi Perdana Menteri yang ke-10.

Walau bagaimanapun, Anwar yang juga Presiden PKR, juga mendedahkan bahawa beliau yakin beliau diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri selepas menyatakan bahawa mereka juga ada gabungan dengan beberapa parti untuk membentuk Kerajaan Perseketuan.




Namun, Anwar enggan menyatakan parti atau mana-mana ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.

Kredit: Berita Harian


Kredit -Oh! Media.


-----------------------------------------------------------------