Seekor anjing jalanan telah mendapat perhatian orang ramai apabila ia ‘menawarkan diri’ untuk bertugas di Balai Polis Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
ARTIKEL MENARIK:“Mengeluh Lain Macam Lepas Kahwin Ni” – Luah Guna Modal Sendiri Bantu Mangsa Banjir, Abang Viva Dituduh Mula Mengungkit
Anjing jalanan yang mesra dengan gelaran Jonny itu ‘bertugas’ di pos kawalan dan antara tugas yang sering dilakukannya adalah mengiringi orang awam yang berjalan kaki supaya tidak diganggu anjing lain.
Selain itu, ia juga sering menyalak pada kereta dan mengejar kenderaan yang tidak berhenti di sekatan jalan raya di kawasan itu.
Difahamkan, Jonny yang merupakan haiwan jalanan itu dijaga oleh anggota polis, Mohd Shahril Mohd Noor yang bertugas di balai itu sejak lima bulan lalu bersama rakannya Mohamad Redzuan Sahat.
Kisah anjing yang menjadi sukarelawan di situ mula meraih perhatian ramai netizen selepas Shahril memuatnaik video gelagat Jonny di akaun TikTok miliknya @shahreal17.
Video:
@shahreal17Membalas kepada @Nur Laila Qarina Boon #jonnysempadan
Memetik laporan Harian Metro, sebenarnya sebelum ini Jonny dijaga oleh seorang anggota tentera yang lain namun anggota polis dan tentera lain mula bersama-sama menjaga anjing itu selepas anggota tentera itu bertukar ke Negeri Dibawah Bayu iaitu Sabah.
Shahril juga berkata, Jonny merupakan seekor anjing jalanan yang patuh dan baik kerana ia membantu pihak tentera dan polis menjaga kawasan sekitar pos kawalan.
Dengan kehadiran Jonny di situ, anjing liar lain tidak boleh menghampiri atau lalu di kawasan itu.
Jonny juga akan ikut anggota untuk buat kawalan serta menutup pintu sempadan. Senang cerita, ia nampak macam faham apa yang diarahkan oleh tentera dan polis yang menjaganya.
Jika ia dimarahi, Jonny juga akan mer4juk sebab ia akan buat tak dengar apabila dipanggil.
Comel je kan, siap pandai merajuk. Sebab inilah anjing dikenali sebagai haiwan yang terkenal dengan sifat setianya.
Sumber: TikTok @shahreal17
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://lobakmerah.com/
Kredit -