“Keputusan Dibuat Atas Persetujuan Bersama Keluarga,” – Puteri Sarah Akan Ke Mahkamah Syariah, Fail Perceraian Isnin Ini

Business

“Keputusan Dibuat Atas Persetujuan Bersama Keluarga,” – Puteri Sarah Akan Ke Mahkamah Syariah, Fail Perceraian Isnin Ini

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini, susulan konflik rumah tangga yang dihadapi.

“Keputusan Dibuat Atas Persetujuan Bersama Keluarga,” – Puteri Sarah Akan Ke Mahkamah Syariah, Fail Perceraian Isnin Ini



Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, ia dilakukan atas persetujuan ahli keluarga.

ARTIKEL MENARIK:“Dah Jodoh, Kita Terima Jelah..” – Adik Jadi Isteri Kedua Zainal Abidin Hassan, Ini Respon Ayda Jebat


“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera. Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya, lapor BH Online.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga. Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya lagi.




Terdahulu pada Khamis, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon itu akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Kredit -Media Hiburan.


-----------------------------------------------------------------