Tertembak rakan, anggota polis dijel dua tahun, denda RM10,000

Business

Tertembak rakan, anggota polis dijel dua tahun, denda RM10,000

SIBU – Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian rakan sekerjanya Mei 2021.

Tertembak rakan, anggota polis dijel dua tahun, denda RM10,000



Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Nur Alif Mazlan, 27, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

ARTIKEL MENARIK:Semalam Kena Pecat, Hari Ini Dapat Kerja Baru. Ini Tawaran Yg TMJ Beri Kepada Khairy Jamaluddin


Beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Mei 2021.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Nur Alif didakwa menyebabkan kematian ke atas Norhalim Tumiran, 25, antara pukul 5.45 petang hingga 6.30 petang pada 6 Mei 2021 di rumah sewanya di Permai, di sini.




Seramai 17 saksi telah memberi keterangan semasa perbicaraan kes itu.

Tertuduh diwakili peguam bela, Ranbir Singh manakala pendakwaan kes oleh DPP Mark Kenneth Netto. – KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital.


-----------------------------------------------------------------