“Gen-Z Ni Ramai Biadab, Sombong!” – Ani Maiyuni Dedah Sikap Angkuh Selebriti Baharu

Business

“Gen-Z Ni Ramai Biadab, Sombong!” – Ani Maiyuni Dedah Sikap Angkuh Selebriti Baharu

Hampir 30 tahun dalam industri hiburan, penyanyi dangdut Ani Maiyuni masih lagi bertahan dan dikenali sehingga kini.

“Gen-Z Ni Ramai Biadab, Sombong!” – Ani Maiyuni Dedah Sikap Angkuh Selebriti Baharu



Berkongsi cerita mengenai dirinya yang pernah berdepan pengalaman berjumpa dengan selebriti baharu yang menyombong dan tidak menghormati senior dalam bidang sama, Ani atau nama sebenar, Aishah An-Nur Osman, 45, menasihatkan golongan artis sebegitu agar tidak terlalu mendongak langit.

ARTIKEL MENARIK:Ini Respond ‘Perli’ Hafidz Roshdi Kepada Netizen Yg Sibuk Ambil Tahu Selepas Isteri Dia Dedahkan Ada Peny0ndol




“Dalam industri, nama you besar ke kecil, jangan sombong.

“You popular atau tidak, bakat itu (hanya) pinjaman daripada Dia, anytime Dia boleh tarik balik.

“Kita nak puaskan hati semua orang pun mustahil, yang penting kita kena tahu kesesuaian dan pandai bawa diri,” katanya.




Penyanyi lagu Sedap ini berkata demikian ketika ditemui di Preview Ramadan Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Ani berkata dia menyifatkan rata-rata generasi Z (lahir tahun 1995 hingga 2010) kurang mendapat didikan sempurna berikutan kehidupan mereka lebih dekat menerusi pendedahan di Internet dan telefon pintar.

“Mereka Gen-Z ni agak kurang adab.

“Zaman sekarang dekat handphone ni, benda yang tak elok yang banyak jadi viral disebabkan ramai orang share.

“Jadi budak-budak rasa gurauan itu adalah sesuatu yang lawak, walaupun sebenarnya ia adalah kurang ajar.. mereka tak tahu nak bezakan.

“Itu bahayanya gajet… kalau nak share, kongsilah sesuatu yang bermanfaat dan berguna,” kata Ani lagi.

Terdahulu, pelakon Noorkhiriah meluahkan perasaan mengenai seorang pelakon baharu yang disifatkannya menyombong, malah tidak bertegur sapa dengan artis senior ketika mereka sama-sama menghadiri sebuah majlis hiburan baru-baru ini. – BOOM!


-----------------------------------------------------------------