Baru Sahaja Diceraikan Pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Pergi Ke Mahkamah Syariah Dan Netizen Beri Pujian Dgn Penampilan Terbaru

Business

Baru Sahaja Diceraikan Pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Pergi Ke Mahkamah Syariah Dan Netizen Beri Pujian Dgn Penampilan Terbaru

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya enggan membuang masa menyelesaikan urusan penceraiannya dengan suami.

Baru Sahaja Diceraikan Pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Pergi Ke Mahkamah Syariah Dan Netizen Beri Pujian Dgn Penampilan Terbaru



Terbaharu, wanita berusia 29 tahun itu dipercayai telah pergi ke sebuah mahkamah syariah di Selangor untuk menguruskan urusan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Netizen Petik Nama ND Lala Selepas Tular Pelakon Popular Veteran Kahwin Lagi. Sekali Isteri ND Lala Muatnaik Ini


Menerusi ruangan kapsyen di Instagram, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berharap agar Hafidz tidak mengabaikan nafkah untuk anaknya apabila mereka sah bercerai kelak.

“Semoga nafkah anak-anak takkan putus. Amin Ya Mujib,” katanya ringkas.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat Shuhada mengenakan pakaian serba hitam sambil memegang fail ditangan.

Sementara itu, Hafidz juga dilihat turut meninggalkan komen di hantaran di muat naik Shuhada itu dan berjanji tidak akan melupakan nafkah untuk anak-anaknya.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-21.jpg

“InsyaAllah, rezeki anak-anak takkan putus nafkah pun sama,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan selain menitipkan kata-kata semangat buatnya.

“Semoga dipermudahkan Shu, kami tahu Shu wanita kuat.

“Dah kurus banyak, betul orang kata ubat kurus paling mujarab adalah makan hati.

“Buat tuntutan nafkah anak Shu, itu paling penting selepas bercerai,” antara komen netizen.

DIN03541

Athira Yuhada (kanan) dipercayai jadi orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz dan Shuhada.





Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang heboh diperkatakan sebelum ini menemui titik nokhtah apabila pelakon itu melafazkan cerai melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Isu antara mereka bermula apabila Hafidz dikatakan berlaku curang dan kemudian muncul wanita bernama Athira Yuhada mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah

-----------------------------------------------------------------