Bella Astillah Sebak Bila Isteri Hafidz Roshdi Menangis Depan Dia

Business

Bella Astillah Sebak Bila Isteri Hafidz Roshdi Menangis Depan Dia

PELAKON, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila bertemu dengan isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bella Astillah Sebak Bila Isteri Hafidz Roshdi Menangis Depan Dia



Detik pertemuan itu dikongsi sendiri oleh Bella menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.


ARTIKEL MENARIK:Shuhada Tidak Mahu Simpan Rahsia Dan Dedahkan Apa Hafidz Roshdi Dan ‘Skandal’ Buat Di Port Dickson


Apa yang membuatkan hati netizen turut tersentuh apabila video tersebut merakamkan detik Shuhada menangis ketika menyambut salam yang dihulurkan Bella.

Tidak hanya Shuhada, malah Bella juga turut menitiskan air mata kerana sebak.

“Happy Womens Day to all the incredible and beautiful women! Shine on… not just today but everyday.

“Especially to my beautiful adik @shushukriii. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi,” tulisnya.

Hantaran itu juga kemudiannya turut dibalas oleh Shuhada di ruangan komen.

“Shu sayang akak sampai syurga,” tulisnya.

Sehingga kini, video menyentuh hati itu telah menerima lebih 900,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen yang rata-ratanya memberikan kata semangat kepada Shuhada.




Terdahulu Shuhada dilaporkan ditumbuk di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Kejadian itu menyebabkan Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian muka.

Atas insiden yang berlaku, Shuhada telah membuat laporan polis dan kes berkenaan kini dalam siasatan.

Sumber: Astro Awani via Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit -two.e-kesah

-----------------------------------------------------------------