Penyanyi, Farisha Iris mended4hkan dirinya tidak kisah untuk menghabiskan usia mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Farisha selepas ada individu yang mempersoalkan keputusannya untuk meneruskan pengajian.
ARTIKEL MENARIK:Lelaki Ini Dapat Makanan Tak Cukup, Dia Terus Pergi Ke Restoren Dan Cakap Elok Elok. Lepas Itu Ini Yg Terjadi
Kata individu tersebut, Farisha berkemungkinan akan menjadi anak dara tua (andartu) kerana sibuk dengan pengajiannya manakala wanita lain pula sudah bahagia membina keluarga.
diam lah pic.twitter.com/H3lVgyi8j0
— Farisha Iris (@Farisha_Iris) December 5, 2022
“Ini study sampai master ke sampai tua? Orang lain anak tiga, kamu andartu,” kata individu tersebut.
Tidak berdiam, penyanyi lagu Hello menegaskan dirinya lebih selesa dilabel sedemikian daripada bersama lelaki yang bermasalah.
“Belajar sampai tua. Okay la tu daripada stress dengan lelaki tak guna,” balas Farisha.
Foto tangkap layar yang memaparkan perbualan Farisha bersama individu tersebut telah dikongsikan menerusi aplikasi Twitter.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan individu tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Farisha untuk meneruskan pengajiannya.
“Annoying lah orang yang cakap macam ni. Orang mampu nak sambung belajar biar lah, at least kehidupan makin maju. Pemikiran ke depan, terbuka, luas bukan sempit bod0h macam ni.
“Kenapa mereka nak sibuk. Lantak pi la nak belajar smpai tua takde anak takde laki.
“Biarlah jadi andartu dari menanggung biawak hidup. Banyak dah kes gini kawin sebab pressure orang sekililing sebab malu dgn status andartu. Last last suffering sendiri.
“Kenapa orang lain terlampau peduli ye? Aduh nampak sangat tak bahagia dengan hidup sendiri,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Sekadar informasi, pada Oktober lalu, Farisha memaklumkan dirinya kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Farisha Iris
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Kredit -

