Selepas Sofi Jikan Komen Tentang Isu Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof. Aaron Aziz Terus Cakap Ini Pada Sofi Jikan

Business

Selepas Sofi Jikan Komen Tentang Isu Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof. Aaron Aziz Terus Cakap Ini Pada Sofi Jikan

PELAKON Soffi Jikan mendedahkan wujud kemelut di antara Datuk Aaron Aziz dengan pengarah Original Gangster iaitu Syamsul Yusof sehingga aktor asal Singapura itu digugurkan dari barisan pelakon filem aksi berkenaan.

Selepas Sofi Jikan Komen Tentang Isu Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof. Aaron Aziz Terus Cakap Ini Pada Sofi Jikan



VIDEO PENUH DALAM KOMEN

ARTIKEL MENARIK:Zainal Abidin ‘Syok’ Rakam Fyna Jebat Tengah Menyanyi Undang Kecaman Netizen


Soffi atau Mohammad Shoffi Jikan, 53, berkata, isu tersebut masih berlarutan namun sebagai antara pelakon dalam filem itu, dia enggan masuk campur dan berharap masalah yang timbul dapat diselesaikan secara baik.

“Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.


Perbincangan bersama pelakon filem The Original Gangster.

“Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur, cuma apa saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah,” katanya kepada mStar.

Soffi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pra pelancaran Horrey X Fest Raya pada Selasa.

Ahad lalu, Aaron, 47, mendedahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon Original Gangster namun enggan mendedahkan puncanya kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam.






Kata Aaron, dia enggan membuka cerita tentang perkara berkenaan apatah lagi Syamsul kini sedang berdepan pelbagai masalah terutama hal rumah tangga.

Akur dengan keputusan itu, Aaron menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.

Dalam pada itu, Soffi mengakui terkejut dengan pengguguran nama Aaron namun percaya ada sebab tersendiri keputusan itu dibuat pihak produksi.

Soffi bagaimanapun tetap menaruh harapan agar filem tersebut akan mendapat sambutan ramai meskipun tidak menampilkan wajah-wajah sinonim dengan watak gangster.

“Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.

“Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka,” kongsinya lagi.

INI RESPOND AARON AZIZ KEPADA SOFI JIKAN

Bukan Tarik Diri, Saya Dibuang” – Aaron Aziz Jelaskan Sebab Tak Berlakon Dalam Filem Arahan Syamsul Yusof | BuzzKini

Didalam satu sesi LIVE Tiktok Aaron Aziz, Sofi Jikan luah rasa serba salah kepada Aaron kerana mengeluarkan kenyataan tentang kemelut Syamsul dan Aaron.

Aaron Aziz menjelaskan dia boleh berbincang tetapi Syamsul harus pergi jumpa Aaron dan bukan sebaliknya.

Rakaman LIVE tersebut telah ditangkap layar oleh sosial media Selebriti Malaysia dan dimuatnaik ke Youtube.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE / Selebriti Malaysia


Kredit -two.e-kesah



-----------------------------------------------------------------