Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof enggan memanjangkan isu pengguguran pelakon Datuk Aaron Aziz dari filem arahannya, The Original Gangster.
Katanya walaupun dia boleh membuka mulut dan bercerita mengenainya tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian.
ARTIKEL MENARIK:Ini Komen Ali Puteh Bila Dia Serabut Tiba Tiba Rumah Arwahh Ibu Bakal Disita Kerana Hidayah
Katanya, dia enggan memulakan pergaduhan dengan sesiapa sekiranya mendedahkan punca sebenar pelakon asal Singapura itu disingkirkan daripada barisan pelakon filem berkenaan.
“Macam-macam saya boleh cakap fasal perkara itu. Saya pun pernah melalui fasa yang lantang bercakap di media sosial. Boleh sahaja saya nak jawab tapi nanti berbalik kepada saya semula.
“Saya tak mahu gaduh!” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul turut mempersoalkan tindakan Aaron mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut kepada media sehingga menimbulkan pelbagai salah faham.
Ditanya adalah dia bersedia bersemuka dengan Aaron untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, Syamsul berkata dia lebih senang untuk tidak bercakap mengenai hal tersebut.
“Saya malaslah. Pihak saya tahu hal sebenar. Tiba-tiba sahaja dia keluarkan kenyataan begitu. Apa sebenarnya yang dia mahukan?
“Saya senyap di media sosial namun kehidupan harian berjalan seperti biasa. Barulah sekarang saya tahu siapa sahabat sebenar,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan pengarah Farid Kamil kerana berkongsi tentang isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepadanya.
Kata Syamsul, sebagai seorang yang sudah berpengalaman dalam industri hiburan dia enggan melayan perkara tidak penting atau bersikap lantang bersuara di media sosial.
“Kepada Farid, saya tak nak jadi ‘pondan’ hanya bercakap di media sosial. Kita dah tua. Kenapa nak bercakap di media sosial. Lebih fokus kerja sahaja.
“Kita jumpa di mahkamah. Itu sahaja!,” tegasnya. – BOOM!
Sumber: mStar
Kredit -Boom! Malaysia.