Nurul Shuhada Mohd Shukri tidak sangka bahawa ‘hadiah’ hari lahir yang disambut tahun ini sangat menakutkan apabila ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya, Hafidz Roshdi sehingga mengalami kecederaan.
Alami cacat kekal
ARTIKEL MENARIK:Kes tumbuk isteri, mak mentua Puteri Sarah bengang! – “Ramai rupanya lelaki dayus”
Dia yang dibawa ke hospital telah mendapat 10 jahitan disebabkan luka ditumbuk oleh Hafidz awal pagi semalam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Hadiah yang tak disangka2
Memetik laporan dari Harian Metro, dia tidak sangka bahawa penumbuk yang diberikan kepadanya adalah ‘hadiah’ untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-29 dari seorang lelaki yang pernah bersamanya sehingga mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
0
“Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak,”katanya.
Dah tak sanggup berdiam diri
Ujarnya lagi, selepas apa yang berlaku, dia tidak mahu berdiam diri lagi dan telahpun membuat laporan polis pada jam 6.30 pagi semalam.
Buat masa ini dia menyerahkan segala urusan berkaitan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.
“Selepas apa yang berlaku saya tidak akan berdiam diri. Selepas menerima lebih 10 jahitan, doktor turut memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya,” kata Shu.
‘Penyondol’ jangan berbohong!
Shuhada atau mesra disapa Shu itu sempat menitipkan pesanan kepada ‘penyondol’ dikenali sebagai Athira Yuhada supaya tidak berbohong dengan hubungan yang masih terjalin dengan Hafidz.
“Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan,” jelasnya lagi.
Anak2 tak tahu dia ditumbuk
Ditanya sama ada kedua anak-anaknya sudah mengetahui atau belum perihal kecederaan yang dilalui, Shuhada mengatakan yang mereka masih belum tahu kerana berada di rumah ibu bapanya di Perlis.
“Anak-anak tidak tahu yang bapanya tumbuk saya. Mereka ketika ini berada di Perlis dan dijaga oleh ibu bapa saya.
“Saya kini menetap di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Saya sepatutnya datang ke sini sekejap saja atas urusan kerja tapi tak sangka lain pula yang jadi,” ujarnya.
Nekad berpisah!
Setelah apa yang berlaku, wanita berusia 29 tahun itu nekad berpisah dengan pelakon drama Mr Donat Karamel itu dan berharap urusan penngesahan lafaz cerai pada 21 Mac nanti berjalan dengan baik.
“Saya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengannya. Saya ingin bina kehidupan baru. Jadi, saya harap dia akan mudahkan segala proses ini dan saya mohon anda semua untuk bantu perniagaan saya demi kelangsungan hidup saya dan anak-anak selepas ini,” katanya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz Roshdi telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Beberapa minggu sebelum ini, tular luahan yang dibuat Shuhada di Insta Story apabila mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.
Tak lama selepas itu, orang ketiga tersebut telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk tidak menggangu rumah tangga mereka lagi.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Kredit -