Dengar Isu Anak Menangis Dalam Pesawat, Fazura Mula Bersuara. Akui Pernah Alami Situasi Seakan Sama

Business

Dengar Isu Anak Menangis Dalam Pesawat, Fazura Mula Bersuara. Akui Pernah Alami Situasi Seakan Sama

Kecoh juga tentang pendedahan satu keluarga ni yang mendakwa mengalami pengalaman buruk menaiki pesawat penerbangan baru dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

Dengar Isu Anak Menangis Dalam Pesawat, Fazura Mula Bersuara. Akui Pernah Alami Situasi Seakan Sama



Kejadian ini turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mengakui pernah mengalami situasi seakan-akan sama dengan keluarga bekernaan. Ia terjadi sewaktu dia membawa anak sulungnya, Fatima tapi bernasib baik kerana mendapat layanan baik dari staf kabin.

ARTIKEL MENARIK:“Penat Kerja, Tak Dapat Hasil,” – Dari Ramadan Sampai Habis Raya, Norlia Ghani Terkilan Stesen TV Lewat Buat Bayaran


Fazura cerita staf kabin siap bagi cekelat lagi untuk Fatima happy tau…
Sangat terkesan dengan isu ini. Sangat sakit hati sebab Faz pun pernah mengalami situasi ini dengan Fatima dulu tapi pihak airline tetap berikan infant belt.

Bukan setakat itu je, siap bagi coklat dan colouring book, walaupun Faz dan suami dah sediakan juga. Kesian baby tu, umur pun lebih kurang Fatima. Maybe dia takut nak duduk kat seat sendiri dalam aircraft, rasa lebih safe duduk kat mommy dia. Kesian sangat!

Faz meluahkan perkara itu di Instagram story dan turut memahami perasan ibu bapa berkenaan. Dalam pada itu Faz turut mempersoal sama ada benarkan kanak-kanak itu menangis selama 20 minit dan hampir dihalau keluar.

Betul ke baby tu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama dari airlines sehingga keluarga itu diminta keluar pesawat? Simply unacceptable because most of us have love and compassion.

Bagaimanapun, sebelum ini Ohmedia turut ada kongsikan penjelasan dari beberapa orang saksi lain yang turut berada dalam pesawat sama di mana keadaan ketika itu terkawal. Staf kabin juga dikatakan turut bersama membantu menenangkan kanak-kanak terbabit dan semua penumpang memberikan tepukan gemuruh selepas dia henti menangis


Saksi Nafi Kapten Kapal Ugut, Pramugara Berjaya Pujuk Kanak-Kanak Menangis Dan Semua Tepuk Tangan

Ada penumpang pesawat sama dakwa keadaan ketika itu terkawal sahaja. Pramugara bantu pujuk kanak-kanak menangis…
Salah seorang penumpang dalam pesawat sama bagaimanapun menafikan beberapa perkara yang menjadi viral. Katanya, keadaan ketika itu tidaklah seteruk yang digambarkan pengadu.




Penumpang ini turut mendedahkan kanak-kanak itu tidak lagi menangis selepas berjaya dipujuk staf kabin dan memakai tali pinggang. Penumpang lain kemudian sama-sama menepuk tangan atas tanda sokongan.


Kapten kapal tak ugut…


kredit: omm


Kredit -Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------