Pengsan Di Pentas Mega Spontan, Mamat Tidak Sedap Badan Sebelum Program Berlangsung

Business

Pengsan Di Pentas Mega Spontan, Mamat Tidak Sedap Badan Sebelum Program Berlangsung

Pelawak Mamat Sepah mengakui tidak sedap badan sebelum tiba-tiba jatuh pengsan di pentas minggu pertama program Mega Spontan 2023 yang bersiaran langsung pada malam Jumaat.

Pengsan Di Pentas Mega Spontan, Mamat Tidak Sedap Badan Sebelum Program Berlangsung



Mamat berkata, perkara tersebut menyebabkan dia hilang fokus dan tidak boleh mendengar ketika berada di atas pentas.

ARTIKEL MENARIK:Netizen Tergamam Tengok Shuhada Makin Langsing & Menawan



 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Katanya lagi, ini adalah kali pertama dia mengalami insiden seumpama ini sepanjang 14 tahun membuat persembahan.

“Saya cuma rasa tak sedap badan…Dan sebelum tidak sedar pandangan saya kabur, telinga pun dah tak dengar apa-apa.

“Apa pun saya mohon maaf kepada tiga ahli kumpulan saya iaitu Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Sajna kerana mereka terpaksa beraksi dengan ahli kumpulan tak cukup,” katanya.




Tambahnya ketika melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan di belakang pentas, dia dimaklumkan tekanan darah dan tahap kesihatannya dalam keadaan baik.


“Pegawai perubatan pun cakap saya tidak gementar. Katanya mereka boleh kesan pada wajah seseorang yang menunjukkan simptom gementar. Dah periksa tekanan darah dan nadi pun semuanya okey.

“Saya tahu kondisi badan sendiri. Jadi mestilah saya tidak akan ambil makanan yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Mamat, keadaannya hari ini bertambah baik, namun akan tetap menjalani pemeriksaan di hospital.

“Hari ini saya baik-baik sahaja. Tetapi saya akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

“Terima kasih kepada yang mengambil berat dan mendoakan saya. Saya juga bersyukur ahli kumpulan sangat memahami,” katanya ketika dihubungi BOOM! – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.


-----------------------------------------------------------------