Tidak suka selebriti bukan tiket keji anak

Business

Tidak suka selebriti bukan tiket keji anak

SUKA atau tidak insan terdekat selebriti terutama anak mereka tidak terlepas daripada pengawasan radar netizen.

Tidak suka selebriti bukan tiket keji anak



Apatah lagi jika kedua-dua ibu bapa mereka dalam senarai barisan artis popular yang mempunyai kelompok peminat tegar.

ARTIKEL MENARIK:Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia Untuk Pemerhatian Mental


Potensi si anak terus menjadi sorotan lebih besar diperkatakan jika dia kerap dijadikan bahan konten laman sosial, seterusnya mengikut jejak langkah orang tua­nya terjun ke dunia hiburan.

Seolah-olah pembabitan anak ini di arena seni memberi lesen kepada sebilangan netizen yang tidak menyukai figura popular itu menjadikan si anak sebagai sasaran kecaman.

Lihat saja tohmahan seorang selebriti terhadap anak pelakon Rozita Che Wan, Aaishah Dhia Rana, 9, apabila melabelnya de­ngan panggilan kesat.

Jika netizen yang melemparkan panggilan itu boleh difahami situasinya, namun perkataan kesat itu keluar daripada mulut penggiat seni sendiri.

Mungkin ada yang menganggap keceluparan artis tersebut memang sinonim dengan identi­tinya, tetapi adakah itu bermakna putera atau puteri artis perlu berdepan gangguan sebegitu?

Begitu juga dengan isu membabitkan anak kedua Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa mengakibatkan rumah tangga orang porak peranda.

Maka berduyun-duyunlah kecaman datang menyerang laman sosial gadis berkenaan dengan hamburan kata-kata kesat.

Mungkin ini dua isu berbeza, namun masih menjurus me­ngenai keterbukaan golongan popular dalam platform media sosial yang turut membuatkan anak mereka dikenali ramai seolah-olah menjadi milik masyarakat.




Bagi penghibur tersohor yang mempunyai enam cahaya mata, Datuk Jamal Abdillah, ibu bapa seharusnya menjadi gatekeeper membuat tapisan berhubung pendedahan berkaitan anak dalam platform media sosial.

Bercakap bersandarkan pe­ngalaman, akui Raja Pop yang lebih lima dekad bergelar anak seni itu, ada perkara berkaitan permata hati yang tidak perlu ditonjolkan kepada umum.

Katanya dalam keterbukaan teknologi masa kini ibu bapa masih perlu menyimpan privasi anak-anak supaya orang luar termasuk peminat dan haters mengetahui batasan mereka.

“Melihat senario masa kini, kadang kala saya pun takut tengok keberanian orang luar yang tidak diketahui tujuan dan alasan mengecam anak-anak artis.

“Barangkali mereka merasakan anak-anak ini juga milik masyarakat kerana selalu dilihat di laman sosial ibu atau bapa mereka yang sedia popular.

“Secara peribadi, dari dulu bukan jenis yang selalu update mengenai anak-anak bagi elak isu sebegini timbul, lebih baik begitu. Biar orang tahu ada had perlu diikut apabila membabitkan privasi anak,” luahnya.

Bukan bermakna pemilik Nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 63, itu menyalahkan rakan seperjuangan yang terbuka berkongsi mengenai cahaya mata mereka, sebaliknya turut menegur perbuatan segelintir netizen.

Katanya, artis juga seperti ibu bapa lain yang teruja berkongsi perkembangan anak serta momen istimewa sekeluarga dengan mendokumentasikan detik berharga dalam Instagram mahu pun TikTok.

Menurut penyanyi Gadis ­Melayu itu, masyarakat seharusnya bertimbang rasa dan mempunyai empati dengan tidak me­nyeret anak sebagai modal untuk mengutuk kerana mencetuskan kesan emosi.


Kredit -Kosmo Digital.


-----------------------------------------------------------------