PETALING JAYA – “Itu (kereta) sumber pendapatan utama kami dan saya sedang fikir bagaimana mahu cari rezeki lagi.”
Demikian luahan pemandu kereta Perodua Bezza berwarna merah. Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, apabila kenderaan yang digunakan untuk mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing musnah. Akibat dihempap pokok tumbang Selasa lalu.
ARTIKEL MENARIK:Elaun sara hidup ditarik jika nelayan ada pekerjaan “part time”
HILANG PUNCA PENDAPATAN
Menurut Abdul Hayyi. Dia kini hilang punca pendapatan apabila satu-satunya kenderaan yang menjadi sumber mata pencariannya musnah dalam insiden berkenaan.
“Pendapatan saya bergantung sepenuhnya dengan hasil daripada buat Grab. Kereta itu adalah satu-satunya pengangkutan yang saya dan isteri miliki,” katanya.
Abdul Hayyi yang baru sebulan berkahwin turut tular di laman TikTok. Selepas beliau berkongsi video keretanya yang total lost selepas dihempap pokok. Bagaimanapun reda dengan ketentuan takdir terhadap dirinya.
HANTAR PENUMPANG
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan menghantar penumpang warga Sweden ke Wisma Hong Leong kira-kira 1.4 kilometer lagi daripada kawasan kejadian.
“Saya yang berada di lorong paling kiri terkejut apabila sebatang pokok besar tiba-tiba tumbang dan jatuh betul-betul di atas bumbung kereta,” ujarnya.
Ujar Abdul Hayyi Al Hakimi, dia bagaimanapun sempat mengelak dan membongkokkan badan ke stereng sebelum pokok itu terkena padanya.
“Saya nampak pokok itu mahu tumbang tapi tiada ruang untuk menyelamatkan diri kerana keadaan jalan raya agak sesak ketika itu.
KEADAAN DALAM KERETA
“Dalam kekalutan itu, saya sempat mengelak ke arah kiri dan bongkokkan badan mendekati stereng serta pasrah sahaja dengan ketentuan Ilahi kerana tidak mampu berbuat apa-apa lagi,” katanya.
Ujarnya, dia bersyukur kerana mengalami kecederaan ringan dengan luka kecil di tangan kanan, dahi, kaki dan dada.
“Selepas kereta terhenti, dalam keadaan sedar, saya dibawa keluar dari kereta dengan bantuan orang awam melalui tempat duduk penumpang sebelum pihak berkuasa sampai.
“Sebelum kejadian, saya sempat tunaikan solat zuhur di masjid dan berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan serta dijauhi daripada bala bencana, mungkin itu menjadi asbab saya masih terselamat sehingga hari ini.
AMAL SELAWAT 1000 KALI
“Saya juga amalkan selawat 1,000 kali sejak tiga tahun lalu, alhamdulillah mungkin kesihatan saya hari ini adalah berkat daripada zikir-zikir itu,” ujarnya.
Tambahnya, buat masa ini dia mahu rehatkan diri terlebih dahulu dan masih lagi fikirkan cara untuk mencari pendapatan selepas kejadian itu.
LAPORAN DAHULU
Perkongsian pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden pokok tumbang di Jalan SultanI smail, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai di TikTok.
Hari ini, pemandu kereta Perodua Bezza berwarna merah, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) keretanya ketika kejadian meragut satu nyawa itu.
Menerusi video terbabit, jelas kedengaran bunyi pokok besar berusia 50 tahun sebelum ia jatuh menghempap landasan monorel serta 18 kenderaan lain.
“Terima kasih atas doa semua. Doakan saya Allah hadiahkan saya kereta baharu ya. Ujian baru sebulan kahwin,” kongsinya menerusi hantaran di TikTok hari ini.
Lelaki itu bersama seorang penumpang wanita warga Sweden, 72, dilaporkan terselamat dan difahamkan wanita terbabit masih mendapatkan rawatan di hospital.
KATA-KATA ORANG RAMAI
Orang ramai turut meluahkan rasa sebak lebih-lebih lagi Abdul Hayyi tidak putus-putus mengucapkan kalimah suci Allah ketika berdepan situasi getir itu.
Para pengikut juga sempat bertanya berkenaan rahsia doa serta amalan sehariannya kerana terselamat dalam kemalangan itu meskipun kereta dipandunya remuk teruk.
“Boleh tanya keluar rumah sebelum kejadian ada baca doa ke, krana berkat doa,” tanya Yusnida.
“Saya ada dengar ustaz cakap kalau kita terselamat dari kecelakaan, ia disebabkan doa ibu dan amalan sedekah kita,” kata Miey.
“Tak sangka nampak ‘slow’ je pokok tu tumbang tapi bila hempap kereta baru tahu sangat-sangat kuat. Semoga dipermudahkan,” kata Wiz Jannah.
“Aku tak boleh bayangkan jika ada anak bini dalam kereta. Semoga semua dimewahkan rezeki,” komen PokDik.
KEJADIAN POKOK TUMBANG
Pada beberapa hari lepas. Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail, di sini. Dilaporkan tumbang dan menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian. Kejadian itu menyebabkan seorang meninggal dunia dan beberapa mangsa lain cedera.
@hayyi_kimi Membalas kepada @Hayyi Kimi #pokoktumbang ♬ bunyi asal – Hayyi Kimi
SUMBER : KOSMO & TIKTOK HAYYI
Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.