Individu hina agama Islam, Nabi Muhammad, dipenjara 10 tahun 10 bulan

Business

Individu hina agama Islam, Nabi Muhammad, dipenjara 10 tahun 10 bulan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memfailkan pertuduhan terhadap empat individu yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di media sosial, dengan salah seorang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman penjara.

Individu hina agama Islam, Nabi Muhammad, dipenjara 10 tahun 10 bulan
Individu hina agama Islam, Nabi Muhammad, dipenjara 10 tahun 10 bulan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, empat individu terbabit dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memuat naik komen yang berbentuk penghinaan.

ARTIKEL MENARIK: Larangan merokok premis makanan di Sabah bermula esok


2.png

"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA (Alister Cogia, 22) dituduh dengan 10 pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun 10 bulan, yang berjalan secara berasingan," katanya. 

Turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Alvin bagaimana tidak mengaku bersalah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan kes disebut semula pada 5 April 2019. 


loading...




Pemilik akaun Facebook 'Danny A'antonio Jr' mengaku mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sebutan semula kes juga ditetapkan pada 5 April depan. 

Pemilik akaun Facebook Yazid Kong dituduh di mahkamah sama, mengaku bersalah dan pendengaran fakta kes serta hukuman terhadapnya akan ditentukan pada 11 Mac ini. 




3.png
Dari kiri, Yazid Kong, Alvin Chow, Danny A'antonio Jr

Seksyen 298A KK adalah kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.

Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain, manakala Seksyen 233 AKMM membabitkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Sumber: Harian Metro via The Reporter
-----------------------------------------------------------------