PARIT BUNTAR – Akibat perasaan cemburu hubungan rapat isteri dengan sepupunya, seorang lelaki sanggup bertindak kejam dengan merempuh lelaki itu sebelum menikam bahagian leher menggunakan sebilah parang dalam kejadian di persimpangan jalan berhampiran Taman Kurau Indah, Kuala Kurau di sini semalam.
![]() |
| Lelaki Rempuh, Tetak Sepupu Isteri Kerana Cemburu |
ARTIKEL MENARIK: ‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya..’- Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian 5 Tahun Lalu
“Pada masa sama, suspek yang berusia 30-an menunggang motosikal di lokasi sama terserempak dengan mangsa sebelum bertindak merempuhnya.
“Berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka selepas rempuhan tersebut dan suspek bertindak merampas parang milik mangsa sebelum menetak bahagian belakang leher dan kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
loading...
Tambah Sanusi, suspek kemudian meninggalkan parang tersebut sebelum melarikan diri bersama motosikalnya.
“Polis telah merampas parang sepanjang 45 sentimeter itu dan usaha mengesan serta menahan suspek sedang giat dijalankan.
“Suspek dikenali sebagai Shafiq dan tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kini sedang dikesan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan cemburu kerana isteri suspek pernah membonceng motosikal dengan mangsa selain mempunyai hubungan rapat antara kedua-dua mereka.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam,” katanya
Sumber: Kosmo Online

