(Video) Lelaki mati dihempap gajah selepas tergelincir ketika menyebat haiwan itu

Business

(Video) Lelaki mati dihempap gajah selepas tergelincir ketika menyebat haiwan itu

Seorang penjaga gajah dihempap sehingga mati oleh gajah yang dijaganya, selepas mangsa menyebat haiwan itu dengan kuat lalu hilang keseimbangan tergelincir dan terjatuh, lapor Daily Mail.

(Video) Lelaki mati dihempap gajah selepas tergelincir ketika menyebat haiwan itu
(Video) Lelaki mati dihempap gajah selepas tergelincir ketika menyebat haiwan itu
Video menunjukkan mangsa, Arun Panikkar, 40, sedang memandikan haiwan itu di Karappuzha di Daerah Kottayam, Kerala, selatan India.

ARTIKEL MENARIK: 13 Orang Doktor Berusaha Bantu Wanita Sberat 300kg Melahirkan Anak. Tetapi Ketika Mereka Melihat Bayinya Keluar, Mereka Tergamam


Arun dipercayai cuba menyuruh gajah itu baring kerana dia mahu membersihkan bahagian belakangnya, tetapi gajah itu enggan berbuat demikian.

 Arun kemudian menyebat gajah itu tetapi tergelincir lalu terjatuh sebelum dihempap oleh gajah itu yang tidak menyedari mangsa berada di bawahnya.

 Seorang lelaki yang ternampak kejadian itu segera datang dan menyuruh gajah itu beralih serta menyebatnya dengan kayu tetapi gagal sehinggalah beberapa ketika haiwan itu akhirnya bangkit.
loading...



Malangnya sudah terlambat, Arun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Kredit :  The Reporter






-----------------------------------------------------------------