Sebelum ini, penyanyi popular, Yuna sering menjadi bualan netizen susulan fesyen unik yang sering diperagakan di laman media sosialnya.
Pakai topi berbulu
Terbaru, melalui platform Instagram, Yuna awal-awal menegaskan bahawa dia memakai topi bulu-bulu, sebelum netizen salah anggap ia adalah rambutnya.
ARTIKEL MENARIK:“Bertahun Kau Kenakan Aku Dengan Anak Aku. Dia Elok Bekerja, Kau Heboh Nak Kumpulkan Haters” – Ibu Puteri Balqis
Itu bukan rambut saya tapi memandangkan saya sudah dapat perhatian daripada anda… Jangan berhenti berbicara soal Palestin.
Bekerja dengan pereka fesyen tempatan
Dalam pada hantaran yang sama, penyanyi lagu Langit itu berkata bahawa kini dia hanya bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan dan mereka yang sering menyatakan solidariti buat saudara Islam di Palestin saja.
Rata-rata netizen yang melihat hantaran tersebut ‘lega’ dengan penjelasan Yuna tetapi ada juga sesetengah daripada mereka kurang senang melihat penyanyi itu memakai aksesori sedemikian.
Kredit -beautifulnara