MeIecur Teruk Letupan Gas LPG Menjelang Majlis Nikah ” Doakan Kak Hajar Kini Ditidurkan

Business

MeIecur Teruk Letupan Gas LPG Menjelang Majlis Nikah ” Doakan Kak Hajar Kini Ditidurkan

Bakal pengantin yang melecur hampir keseluruhan badan selepas terkena Ietupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena pagi semalam kini ditidurkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

MeIecur Teruk Letupan Gas LPG Menjelang Majlis Nikah ” Doakan Kak Hajar Kini Ditidurkan



Bagaimanapun, mngsa Siti Hajar Hanis Muhamad, 26 dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan seterusnya.

ARTIKEL MENARIK:‘Suamiku syurgaku.’ – Ini kisah Junainah, wanita tabah kendong suami turun naik tangga rumah 4 tingkat




Adik mngsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, berkata dia dimaklumkan pihak hospital, keadaan lecur kakaknya agak kritikaI dan menyebabkan mngsa terpaksa ditidurkan sebelum bertemu pakar kulit di HPP.

Ketika ini saya dimaklumkan tiada katil kosong di HPP maka rawatan kakak dibuat di HSJ terlebih dahulu selepas dia dipindahkan dari Hospital Kepala Batas (HKB), kelmarin.


Pada masa ini, keadaan kakak stabil dan melalui pemeriksaan mendapati, organ dalaman kakak juga berada dalam keadaan baik, katanya ketika dihubungi.

Muhammad Azib, berkata berhubung majlis pernikahan kakaknya yang dijadualkan berlangsung bulan depan, ia masih lagi belum diputuskan sama ada akan diteruskan atau sebaliknya.


Katanya, keluarga mereka akan menunggu Siti Hajar sedar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Kami ada berbincang dengan tunang kakak dan sekiranya kakak sudah pulih, mungkin boleh langsungkan akad nikah dahulu, namun apa-apa pun semuanya bergantung kepada tahap kesihatan kakak dahulu, katanya.




Sementara itu, Muhammad Azib, berkata dia dan keluarganya berterima kasih kepada semua pihak termasuk saudara mara dan rakan yang bertanya khabar selepas mengetahui kejadian yang menimpa mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada penduduk dan jiran yang mengadakan bacaan Yassin untuk kami dan tidak lupa kepada saudara yang sanggup datang dari Pahang dan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar.


Ketika ini, saya dan isteri tinggal di rumah ibu bapa saya di Lubuk Meriam sementara menguruskan kediaman kami yang hampir sepenuhnya rosak akibat Ietupan terbabit, katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi kelmarin, Siti Hajar Hanis mengalami kesan lecur sehingga 70 peratus apabila dia terkena Ietupan gas LPG ketika hendak menggoreng ikan.


Kejadian menyebabkan rumah teres dua tingkat yang didiami mngsa bersama adik lelaki dan adik iparnya r0sak teruk termasuk bumbung, siling serta sebahagian perabot terpelanting keluar.


– Sumber dipetik dari BT, BH


Kredit -My TV Viral



-----------------------------------------------------------------