Bagi korang yang tengah single mingle ni, mesti gigit jari je kan tengok pasangan romantis kat luar sana bermesra-mesraan.
Tambah-tambah pulak kalau dorang tu artis. Dahlah sama-sama lawa, memang makan hati je kalau tengok gambar dorang sweet-sweet sesama pasangan. Selain Fattzura, pasangan Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid juga sering dapat perhatian media. Baru-baru ni, netizen muat naik gambar ‘kencing manis’ Izara dengan suami kat Twitter.ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Berubahlah Aliff, jangan sampai orang azan kat telinga' - Meri Meifina
Menerusi laman Instagram, Izara Aishah mendedahkan sikap Adib Khalid yang ramai tak tahu. Wah sweetnya!
Dia akan lepaskan saya tak lebih dari 5 saat
When you’re overly attached from the start till today. He’d let me go but not more than 5secs for me to take my solo ootd pics.
Di Instagram, Izara memuat naik beberapa keping gambar romantis bersama kapsyen yang sangat sweet. Menurut Izara, Adib hanya akan melepaskan tangannya 5 saat sahaja untuk memberi peluang kepada Izara mengambil gambar OOTD. Alahai sweet betul! Korang tengoklah sendiri betapa manjanya mereka berdua ini.
Loading...
Alahai sweet betul!
Manja
Untung betul Izara Aishah dapat suami manja dan romantik macam Adib Khalid ini kan? Diharapkan perhubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat!
loading...
Sikap Adib yang penyayang sangat dengan isterinya ni buat ramai netizen jeles sebab ke mana je dorang pergi, tangan Adib dengan Izara ni sentiasa berpimpin. Awwww!
Haa kiranya tak lepas-lepas tanganlah walaupun Izara nak bergambar ke, sembang dengan kawan dia ke… Tangan Adib tetap genggam tangan Izara erat-erat! Wuuu heart attack admin kalau dapat suami gini…
Macam manapun, ada netizen cakap bukan Adib yang tak nak lepas tangan Izara, tapi Izara yang sebenarnya tak nak lepas tangan Adib. Eh ye ke? Dorang siap screenshot lagi.
Tak cukup dengan tu, ada jugak yang kata Adib caring dan sayang dengan isteri dia sebab Izara tu cantik orangnya. Tapi kalau rupa biasa-biasa, maybe tak adalah macam ni kot. Ish pepandai je korang ni kan…
Walau macam manapun, ramai yang still backup Izara dengan husband dia dan kata pasangan ni memang dah macam ni sejak dari zaman couple lagi. Netizen memang inspired gilalah dengan pasangan suami isteri ni.
Awww admin pun nak suami sweet macam ni lah! Untung Izara dapat Adib yang sayang giler dengan dia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:lobakmerah