Ini reaksi Mawi selepas baju kurta yang dijual dimuat naik di Instagram TMJ

Business

Ini reaksi Mawi selepas baju kurta yang dijual dimuat naik di Instagram TMJ

PENYANYI Mawi menyedari turut menjadi perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pemakaian seluar hitam yang dipadankan baju Melayu teluk belanga sebagai pakaian tradisi keluarga di raja Johor.

Ini reaksi Mawi selepas baju kurta yang dijual dimuat naik di Instagram TMJ
Ini reaksi Mawi selepas baju kurta yang dijual dimuat naik di Instagram TMJ

Bagaimanapun Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata baju jenis kurta yang dijualnya itu bukanlah baju Melayu teluk belanga seperti yang dijelaskan TMJ.

ARTIKEL MENARIK: PU Abu Kongsi Kisah Romantis Pikat Hana Azraa, Tapi reaksi Netizen tak di jangka


“Sudah lama orang Johor pakai macam tu… Saya sendiri pakai begitu sejak kecil. Sepuluh tahun lalu pun saya dah pakai. Memang orang panggil style Johor.

“Lagipun kurta itu tiada kolar. Apabila dilihat dari jauh memang akan nampak macam teluk belanga. Kalau ikutkan, baju Melayu teluk belanga itu bahagian kolarnya akan disulam.

“Yang kurta saya jual tu round neck biasa sahaja, lagipun saya tak jual satu set dengan seluar hitam” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.


Loading...

Antara posting yang dimuat naik TMJ di Insta story miliknya.

Anak jati Johor itu berkata demikian ketika ditanya mengulas mengenai isu baju kurta by Mawi yang dijualnya dimuat naik di Instagram TMJ baru-baru ini.



Menerusi poster baju berkenaan, Mawi dilihat menggayakan kurta bersama seluar hitam berserta sampin mengikut tradisi pakaian kerabat Johor.

Sementara itu Mawi yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan berkata, dia juga belum terfikir untuk mengeluarkan rekaan lain sekiranya baju yang dijualnya itu tidak boleh dipadankan dengan seluar hitam.



Mawi menggayakan kurta bersama seluar hitam dan samping.

“Saya tak fikir lagi jika selepas ini nak kena jual seluar yang sedondon dengan kurta itu jika ia tidak boleh dipakai dengan seluar hitam.

“Selanjutnya saya taknak komen lebih,” katanya.

TMJ sebelum ini berkata pemakaian seluar hitam berserta sampin dengan baju Melayu teluk belanga adalah pakaian tradisi keluarga di raja Johor.


loading...



Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping keluarga yang memerintah layak memakainya.

Media sosial kecoh hantaran TMJ

Sebelum ini, Media sosial kecoh mengenai hantaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan burung helang dan pipit.

Ini selepas Tunku Ismail bertitah semalam bahawa helang dan pipit terbang pada ketinggian yang berbeza dipercayai sebagai kiasan darjat darah bangsawan tidak sama dengan orang kebanyakan.
Bagaimanapun, hantaran TMJ di Instagram itu hanya boleh didapati selama 24 jam.

Pada hantaran berkenaan, Tunku Ismail bertitah memakai seluar hitam yang dipasangkan dengan baju Melayu teluk belanga merupakan pakaian tradisi keluarga di raja Johor.

Titah TMJ lagi, hal ini menyebabkan tiada orang lain dalam kerajaan Johor yang akan memakai seluar hitam.

“Ini adalah pakaian tradisi keluarga di raja Johor. Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping. Keluarga yang memerintah. Darah keturunan sultan.

“Itu fasal kita boleh lihat tiada orang dalam kerajaan pakai seluar hitam. Kerana hanya keluarga di raja dan atau kerabat damping yang boleh pakai atau layak pakai seluar hitam.

“Hari ini ramai orang cuba pakai gaya keluarga di raja Johor. Ramai orang luar atau inidividu yang tidak suka atau mengata keluarga di raja Johor tetapi gaya raja Johor semua nak tiru.




“Ramai nak jadi raja sebenarnya. Saya yang anak raja ini pun apabila tersilap langkah saya ditegur oleh almarhum datuk saya.

“Kau jangan lupa helang dan pipit terbang tak sama tinggi.

“Kau baik tahu tempat masing-masing dan angan-angan itu rendahkan sikit daripada rumput,” titah putera mahkota itu.



p/s: Apa kata anda? Kkongsikan bersama kami

sumber: mstar  via Tube Viral

-----------------------------------------------------------------