Akibat Letak Nama Anak ‘Google’, Ini tindakan Syarikat Google

Business

Akibat Letak Nama Anak ‘Google’, Ini tindakan Syarikat Google

Tular kisah pasangan suami isteri yang memberikan nama anak mereka Google beberapa minggu lalu nampak gayanya telah mendapat perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu.

Akibat Letak Nama Anak ‘Google’, Ini tindakan Syarikat Google
Akibat Letak Nama Anak ‘Google’, Ini tindakan Syarikat Google

Menurut laporan Coconuts Jakarta, syarikat Google telah mengubungi bapa kepada bayi itu untuk memberi kejutan.

ARTIKEL MENARIK: Aku Bercinta Lepas Nikah Dengan Gadis Berpurdah

Difahamkan, pasangan Andi Cahya Saputra, 31, dan Ella Karina, 27 itu menerima hadiah istimewa daripada Google yang dihantar menggunakan teksi terus ke rumah mereka di Bekasi, Indonesia.

” Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak,” katanya.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak berkongsi apakah hadiah yang diterima daripada pengurusan Google.
Andi Cahya dan Ella sepakat menamakan anak mereka yang lahir pada 30 November lalu dengan nama Google.

Loading...

Menurut laporan portal berita tempatan Kumparan, inspirasi untuk meletakkan nama berkenaan diperoleh pasangan berkenaan ketika kandungan Ella berusia tujuh bulan.
Andi berkata, pada awalnya, dia dan Ella mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya.

loading...



Bagaimanapun, mereka akhirnya menukar fikiran iaitu Google.
“ Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e,” katanya.
Terdahulu pasangan suami isteri dari Indonesia, Andi Cahya Saputra, 31, dan Ella Karina, 27, sepakat menamakan anak mereka yang lahir pada 30 November lalu dengan nama Google.
Menurut laporan portal berita tempatan Kumparan, inspirasi untuk meletakkan nama berkenaan diperoleh pasangan berkenaan ketika kandungan Ella berusia tujuh bulan.
Andi berkata, pada awalnya, dia dan Ella mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya.
Bagaimanapun, mereka akhirnya menukar fikiran iaitu Google.



“ Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e,” katanya kepada Kumparan.
Sementara itu, portal Coconuts Jakarta pula melaporkan Andi sebagai berkata, untuk tempoh tiga bulan pertama, isterinya akan menjawab ‘baby boy’ setiap kali orang bertanyakan nama anaknya yang baru lahir itu.
“ Saya beritahu pada bapa Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna”, cerita Andi lagi pada Coconuts Jakarta.
Seperti ibu bapa lain, Ella menegaskan, dia juga mahu anaknya menjadi pemimpin satu hari nanti.
Sekalipun meletakkan nama anak adalah hak ibu bapa, namun pasangan berkenaan tidak terlepas daripada menerima kecaman hanya kerana menamakan bayi mereka sebagai Google.
Bagaimanapun, Andi dan isterinya tidak mengendahkan segala kecaman itu, sebaliknya hanya menerima komen-komen yang baik sebagai doa.
p/s: Kita sebagai muslim berhati-hatilah meletak nama anak. Kerana nama dan panggilan kepada anak kita itu merupkan suatu Doa
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 
Sumber: astroawani via Tube Viral

-----------------------------------------------------------------