Cincin Ikan Tersekat Di Jari Tengah, Ning Baizura Kongsi Momen C3emas

Business

Cincin Ikan Tersekat Di Jari Tengah, Ning Baizura Kongsi Momen C3emas

Penyanyi Ning Baizura berkongsi momen mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan malam kelmarin tersekat di jari tengah tangan kirinya.


Hal itu menyebabkan jarinya membengkak hingga penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu mendapatkan rawatan di klinik dan balai bomba berdekatan kediamannya semalam.

ARTIKEL MENARIK:  “Kami Dah Bersedia, Andai Salah Seorang Bermasalah” – Pengakuan berani Izzue Islam


“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya.
“Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
Cuba cari jalan sendiri
“Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kata Ning menerusi Instagram TV.


loading...



Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk mendapatkan tindakan lanjut.
Dalam video terbabit, Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Bersulam perasaan gemuruh dan gementar, setelah melalui beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan.



Dalam sebak, Ning turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
p:s: Syukur tiada yang serius yang terjadi. Semoga cepat sembuh. Tindakan pantas dan pengalaman bomba wajar dipuji
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit : Tube Viral
-----------------------------------------------------------------