KETIKA kecoh orang mempersendakan wartawan selepas disindir Noh dalam temu bual pada sidang media pada 13 Julai lalu, kini warganet beralih tumpuan pula kepada isu baharu yang mengaitkan vokalis Hujan itu.
Dipercayai terdapat rakaman video yang kononnya menyerupai Noh dalam aksi kurang sopan namun tidak dipastikan sama ada ia Noh atau orang lain.
ARTIKEL MENARIK:Suami Pertahan Isteri Selepas Ditegur Kerana Aurat, Izara Aishah Tampil Beri Pendapat. Tapi Ada Yg Tak Setuju
Ataupun ada pihak sengaja mengada-adakan cerita sema-mata untuk menjatuhkan penyanyi itu atau mahu merosakkan rumah tangganya?
Netizen dakwa Noh cur4ng dengan isteri.
Bagaimanapun menerusi beberapa komen netizen, ada yang mendakwa tidak akan bergoyang pokok jika tiada angin yang menggoncangnya.
Selain itu kecoh juga apabila di laman sembang forum Internet yang mendakwa terdapat rakaman perbualan seseorang kononnya bagi mengaitkan kecur4ngan Noh terhadap isterinya.
Gambaran kisah itu seakan-akan menguatkan lagi dakwaan bukan sahaja berlaku keretakan rumah tangga mereka namun dipercayai ia juga telah berakhir.
Dalam masa sama status Mizz Nina di media sosial baru-baru ini sering berkongsi kata-kata motivasi seolah-olah menceritakan masalah dihadapinya.
Antara petikan kata-kata yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu bermaksud; sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.
Tatkala ini kisah mereka sedang diperkatakan, kedua-duanya masih mengunci mulut seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kalau betul kau chet, wajar wartawan bertanya supaya netizen kecam cheater
Namun jelas terbayang di wajah Noh, agak kurang senang saat diajukan wartawan mengenai rumah tangganya sebaliknya dia menempelak agar pihak media lebih memberi fokus kepada kerjaya seni artis.
Bercakap kepada media dalam satu acara pada 13 Julai lalu, Noh, 37, menafikan segala khabar angin buruk tentang rumah tangganya dan menganggap pihak media sudah tertipu dengan segala gosip panas bertebaran.
“Entahlah, tiada komen… Anda semua kena tipu. Fake news,” katanya.
Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Musa.
kredit: mstar
Kredit -