Raja Permaisuri Agong Makan Durian Pakai Sudu Dan Garpu. Baginda dedah Sebabnya Kenapa

Business

Raja Permaisuri Agong Makan Durian Pakai Sudu Dan Garpu. Baginda dedah Sebabnya Kenapa

Raja Permaisuri Agong Makan Durian Pakai Sudu Dan Garpu. Baginda dedah Sebabnya Kenapa

Raja Permaisuri Agong Makan Durian Pakai Sudu Dan Garpu. Baginda dedah Sebabnya Kenapa
Raja Permaisuri Agong Makan Durian Pakai Sudu Dan Garpu. Baginda dedah Sebabnya Kenapa

MUSIM durian kembali lagi. Penggemar durian pastinya tidak akan mensia-siakan peluang untuk melepaskan gian mereka di saat raja buah itu mudah didapati.

ARTIKEL MENARIK: “Anakku, Bila Besar Nanti Janganlah Lupa..” Ini Pesan Ayah Pada Ainul Buat Ramai Sebak


Malah ramai yang turut berkongsi keterujaan mereka menikmati buah itu di media sosial masing-masing.
Namun perkongsian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter mengenai durian menjadi tumpuan netizen.

Dalam posting itu, baginda memohon maaf kerana makan buah tersebut menggunakan sudu dan garfu.
Tweet Tunku Azizah menarik perhatian netizen.

Loading...

Tunku Azizah bertitah cara itu menjadi amalan baginda untuk mengelak tangan berbau.
“Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya makan durian pakai camca garfu supaya tangan tak berbau.
“Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu!” tulisnya.
Posting yang dimuat naik bersama gambar seulas durian yang diletakkan di dalam pinggan bersama dengan sudu dan garfu mendapat 1,300 ulang kicau dan 2,600 tanda suka.

loading...



Rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap perkongsian Tunku Azizah yang dianggap sebagai satu tip bermanfaat untuk penggemar durian.
“Tips yang bagus Tuanku!,” kata Fazri Hassan.
“Setuju Tuanku. Semenjak kecik saya makan durian tak pakai tangan saya. Semasa kecik emak yang suapkan. Sekarang isteri yang suapkan tapi durian saya kopekkanlah,” kata seorang lagi pelayar Twitter.
Tunku Azizah dikenali antara penggemar raja buah itu. Baginda pernah tular dua tahun lalu apabila reaksi bersahajanya berborak dengan seorang peniaga durian yang tidak mengenali dirinya mendapat pujian ramai.
Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu sempat menikmati buah itu dari gerai lelaki berkenaan yang berada di tepi jalan tanpa sebarang protokol.



Makan dekat KFC guna tangan
Malah kisah bagaimana Tuanku bersama isteri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersantap juga menjadi bualan masyarakat yang kagum dengan keperibadian baginda berdua yang tidak kekok menjamu hidangan KFC seperti rakyat marhaen.
Terbaru melalui perkongsian di Facebook (FB) Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menceritakan bagaimana beliau berpeluang menyaksikan sendiri baginda berdua menjamu hidangan KFC menggunakan tangan.
“Raja Permaisuri menitahkan saya duduk di sebelah baginda. Perut memang dah lapar, maka ayam goreng di hadapan saya memang nampak sangat menyelerakan.
“Saya menjeling ke sebelah. Saya lihat sudah tersedia sudu garfu untuk kegunaan Tuanku. Dalam hati, tak puas lah nanti makan ayam goreng guna sudu garfu segala.
“Dengan perlahan saya bisik kepada Raja Permaisuri, Tuanku, kalau dapat makan pakai tangan ni baru ‘best’. Seperti yang saya jangka, Tuanku Permaisuri terus setuju (dan bertitah) ‘Jom kita semua makan pakai tangan’,” tulis Shahaniza di Facebook miliknya, malam tadi.
Katanya, cadangan itu disambut baik Raja Permaisuri Agong yang mana perkara sama turut dilakukan Al-Sultan Abdullah yang mula bersantap menggunakan tangan.
Sumber : MSTAR ONLINE 

-----------------------------------------------------------------