Biodata Dan Kronologi Kehidupan Rihana Oksana Petra Yang Jarang Didedahkan Umum

Business

Biodata Dan Kronologi Kehidupan Rihana Oksana Petra Yang Jarang Didedahkan Umum

Spekulasi mengenai status perkahwinan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko semakin memuncak selepas pihak peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah berc3erai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Biodata Dan Kronologi Kehidupan Rihana Oksana Petra Yang Jarang Didedahkan Umum
Biodata Dan Kronologi Kehidupan Rihana Oksana Petra Yang Jarang Didedahkan Umum

Siapa sebenarnya wanita yang bernama Rihana ini, yang pernah menjadi wanita penting dalam hidup Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V?

ARTIKEL MENARIK: Raja Permaisuri Agong Makan Durian Pakai Sudu Dan Garpu. Baginda dedah Sebabnya Kenapa


Video Player
00:00
00:40

Ini 5 fakta menarik mengenai beliau yang belum didedahkan kepada umum
Negara Asal
1) Rihana Oksana merupakan seorang kelahiran Astrakhan, Rusia pada 10 Julai 1992. Dia kini Berusia 27 tahun dan membesar di Taganrog, daerah Rostov-on-Don (juga melalui alam persekolahan di sini).
Pelajar Oxford
2) Pada Zaman remajanya dimanfaatkan mendalami subjek Bahasa Inggeris menerusi pengajian di ‘Summer School’, Oxford. Rihana kemudiannya berhijrah ke Moscow pada 2009 sebelum menempatkan diri sebagai penuntut di ‘Plekhanov Russian University of Economics’ bagi pencapaian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi yang diterima pada 2013.


loading...



Ratu Cantik Moscow
3) Memegang gelaran Ratu Cantik Miss Moscow pada 2015 dan kemudiannya berkecimpung dalam dunia fesyen yang membawa kepada penerbitan pakaian renang jenamanya sendiri.
Melalui Maklumat Terbaru, rakan Rihana iaitu Tatyana Andreeva bercakap kepada kepada akhbar Komsomolskaya Pravda, mengesahkan bahawa Rihana sudah berce3rai dan sudah kembali ke Rusia untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Rusia pada 26 Jun lalu.
“Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun berce3rai. Kini dia menetap di Moscow,” katanya.
Bagaimanapun peguam Rihana, Evgeny Tarlo mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perce3raian model berusia 26 tahun itu.
Pendidikan
4) Dalam waktu sama, Oksana menyambung pelajaran di ‘Moscow School of Radio and Television’ sebelum layak menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan, setahun kemudian. Dia menyifatkan dirinya sebagai pakar dalam bidang pemasaran antarabangsa.
Business Woman 
5) Pada 2016, dia mengusahakan salun kecantikan beroperasi di Moscow, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2017 dan menamatkan zaman solo dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melalui rumah tangga yang didirikan pada Jun 2018.



Pernah Menjadi Isteri kepada Sultan
6) Menurutnya, pertemuan pertama mereka terjadi ketika di Eropah sewaktu musim bunga pada 2017. Pasangan ini menyambut cahaya mata sulung lelaki, Tengku Ismail Leon Petra yang juga Tengku Mahkota Kelantan pada Mei 2019.
“Boleh buat DNA Test” – Terkesan Kenyataan Peguam Tuanku,  Rihana Oksana tert3kan
Nampaknya kali ini, Rihana dan mereka yang rapat dengannya telah memberi maklum balas berkaitan hal tersebut di MSN News.“Kalau ragu-ragu… buat DNA test” 
Menurut laporan, Rihana yang kini dilihat tertekan dengan berita cer4i yang dihadapinya telah meminta pihak Sultan Kelantan untuk membuat ujian DNA.
Hal ini juga diikuti dengan komen dari rakan-rakan Rihana yang kelihatan dalam ‘in denial’ dengan mengakui Ratu Moscow tersebut masih isteri kepada Sultan Kelantan dan menolak kenyataan peguam, Koh Tien Hua bahawa Sultan Muhammad V bukan bapa kandung kepada Ismail Leon. 

Sumber: Instagram

N0nsense! Kami sangat sedih apabila Tuanku telah memilih seorang peguam yang terlalu banyak bercakap dan tidak professional. 
“Semua pihak yang rapat dengan Oksana – ibu bapa, rakan dan keluarga – sedang menunggu permohonan maaf terbuka daripada peguam tersebut. 
“Dan kalau (Sultan Kelantan) rasa ragu-ragu, dia boleh saja buat DNA test. Oksana sudah bersedia untuk lakukan ini – saya boleh jamin semua ni sebab saya rakan rapatnya,” Liliya Nastaeva, 32, rakan Oksana.
“Bapa dan anak berwajah sama” 
Liliya Nastaeva juga menambah wajah Ismail Leon memang ada persamaan dengan Sultan Muhammad V.
“Kalau Oksana tunjuk wajah anaknya, mungkin takkan ada sesiapa yang akan ragu-ragu sebab wajah bapa dan anak memang sama,” katanya.
Dalam pada itu, peguam Oksana di Moscow, Evgeny Tarlo berkata, pertuduhan bukan bapa kandung itu satu ‘peniipuan’ dan sangat ‘celup4r’.
Dia juga mencabar peguam dari Singapura tersebut untuk membuktikan jika benar dia mewakili Sultan Kelantan.
“Saya tak kenal siapa Encik Koh Tien Hua, dan dia tak ada hak bercakap tentang kehidupan peribadi Oksana Voevodina. 
“Dia mesti tunjuk kelayakan,” kata Tarlo.


Surat bukti cer4i dari peguam Sultan Kelantan | Sumber: Blog
Buat masa ini dilaporkan ibu kepada Rihana Oksana telah mengambil tanggungjawab sebagai nenek dalam menjaga anaknya dan cucu yang berusia 2 bulan itu di Moscow. Manakala bapa Oksana pula memilih untuk mendiamkan diri dengan alasan dia sedang bercuti.
Berikut dua Status terbaru rihana beberapa  jam lepas di IG Story miliknya
“Salam Alaikum, bila anda seorang yang baik hati, anda tidak akan kehilangan sesiapa, tetapi mereka yang akan kehilangan anda”
“Salam Alaikum, when you are a good person, you don’t lose people, they lose you”
“The dogs may bark, but the caravan moves on. Inshallah 
Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.
Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
P/S: Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Oksana, ikuti laman sosial Instagramnya, @rihanapetra yang sehingga kini sudahpun mengumpul lebih 472,000 pengikut. Apa-apa pun, kita tunggu perkembangan seterusnya mengenai berita ini 
Apa kata anda? Kkongsikan bersma kami 
sumber: sinar harian, ig rihanapetra, iluminasi.com via tubeviral
-----------------------------------------------------------------