Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kaherah, maut selepas didera selama beberapa tahun oleh neneknya dan lebih teruk lagi, mangsa turut dirogol oleh bapa saudaranya.
Budak dirogol bapa saudara & didera nenek sampai mati |
ARTIKEL MENARIK: Ibu 5 anak dirogol suaminya di hadapan anak-anak sejak 10 tahun lalu
Kaki mangsa turut menjadi gangren akibat kecederaan yang dialami sehingga terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya. Bagaimanapun, Ganna tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika diberi rawatan.
Laporan bedah siasat mendedahkan, Ganna meninggal dunia kerana kecederaan parah di badan, selain mengalami kegagalan jantung dan keracunan dalam darah.
loading...
Difahamkan, mangsa tinggal bersama nenek dan kakaknya, Amani, 6, selepas si nenek diberi hak penjagaan selepas ibu bapa kanak-kanak itu bercerai.
Suspek dipercayai mendera Ganna dan Amani selama beberapa tahun dan turut dicucuh dengan api dan diserang menggunakan senjata tajam.
Anak suspek juga mengambil kesempatan merogol Ganna. Ekoran kematian mangsa, suspek telah ditahan atas tuduhan mendera, tetapi suspek menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Harian Metro via The Reporter