“KAMI sebagai waris ini tertanya-tanya… dan mahukan kepastian bagaimana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sebenarnya.”
![]() |
| Berlima kebumi jenazah korban Covid-19 jam 2.30 pagi, waris tuntut penjelasan – “Kami tiada kepakaran… kalau bukan kerana Covid-19, tiada masalah” |
Demikian kata waris kepada korban ke-8 Covid-19, Mohd Hafizudin Hassan berkenaan posting yang tular di Facebook sejak Ahad.
ARTIKEL MENARIK: 'Kami banyak kali tengok seksanya sakratul maut' - Jururawat luah rasa kesal masih ada rakyat berdegil
loading...
Posting yang tular itu mendakwa urusan pengebumian mangsa yang dikenali sebagai Ustaz Hassan, terpaksa diuruskan sepenuhnya oleh waris dan orang kampung tanpa penglibatan pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pasir Mas, Kelantan.
Ketika dihubungi mStar, Mohd Hafizudin yang juga anak ketiga mangsa mengakui sedikit terkilan berikutan kecelaruan arahan mengenai urusan pengebumian jenazah bapanya.
Menurut Mohd Hafizudin, sebaik sahaja bapanya meninggal dunia pada pukul 4 petang 21 Mac (Sabtu), doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu memintanya datang ke hospital untuk mendengar taklimat.
Antara kandungan taklimat memaklumkan bahawa pihak KKM menguruskan semua urusan pengebumian jenazah mengikut cara wabak Ebola.

Sebahagian posting yang viral di Facebook mengenai urusan pengebumian jenazah Ustaz Hassan.
Selain itu, waris juga tidak boleh berada dekat tanah perkuburan dan tidak dibenarkan melihat jenazah.
loading...

Mohd Hafizudin bersama adiknya dan tiga orang kampung yang menguruskan pengebumian bapanya.
Ustaz Hassan, 69 tahun pada mulanya dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.
Allahyarham telah dipindahkan ke HRPZ pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatannya merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan, sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 pada jam 4 petang.
Jenazahnya selamat dikebumikan pada jam 3.30 pagi Ahad di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang.
Apa yang tular di media sosial itu bukanlah untuk mencari gaduh dan sebagainya. Sebaliknya ini untuk keadilan serta lebih kepada meminta pencerahan mengenai SOP sebenar pengurusan jenazah Covid-19.
MOHD HAFIZUDIN HASSAN
ANAK ALLAHYARHAM
Mengulas lanjut, Mohd Hafizuddin berkata urusan pengebumian malam itu diuruskan oleh lima individu termasuk dirinya, adik lelaki dan dibantu oleh tiga penduduk kampung yang prihatin.
“Kami ini tiada kepakaran. Kalau bukan kerana kes kematian akibat Covid-19, memang tiada langsung masalah untuk uruskan jenazah. Kesian kepada orang kampung sebab kebanyakannya sudah berumur.
“Sewajarnya, pihak KKM yang terlibat ada kesedaran. Ini mungkin kes kematian pertama di Kelantan. Selepas ini sekiranya ada kes kematian Covid-19 lagi di negeri ini, bagaimana pula prosedurnya.
“Apa yang tular di media sosial itu bukanlah untuk mencari gaduh dan sebagainya. Sebaliknya ini untuk keadilan serta lebih kepada meminta pencerahan mengenai SOP sebenar pengurusan jenazah Covid-19.
“Kami faham yang KKM bertungkus lumus berada di barisan hadapan… Tapi dalam kes ini, saya maksudkan KKM yang terlibat, bukan semua. Ketika waris sedang berada dalam kesedihan, perkara macam ini pula berlaku,” kata Mohd Hafizudin.

Allahyarham Ustaz Hassan meninggal dunia pada 21 Mac lalu di HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Anak ketiga daripada 15 adik beradik ini berkata, dia perlu melakukan ujian saringan Covid-19 selepas menjalani kuarantin di rumah.
“Sebelum ini, saya kena buat juga saringan sebab merupakan kontak rapat kepada arwah bapa, Alhamdulillah keputusannya negatif. Selepas kebumikan jenazah, saya perlu buat lagi sekali.
“Buat masa ini, saya akan membuat aduan kepada pihak yang berkaitan. Aduan ini bukan untuk mencari salah, namun lebih kepada untuk kebaikan bersama,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sumber: mstar via Rakan Media Network

